in ,

Jangan Simpan Ubat Demam Dalam Peti Sejuk Terlalu Lama

simpan ubat demam
Foto - buletin daily

Ingat lagi masa anak-anak kecik dulu, sering kali bawa mereka ke klinik. maklumlah anak-anak masa kecil seringkali demam, batuk dan sebagainya. Simpan ubat demam di dalam peti sejuk memang sudah menjadi kemestian.

Ini kerana ubat-ubat tersebut akan dijadikan bekalan jika anak demam atau batuk lagi dan tidak perlu kerap ke klinik. Antara ubat yang kerap disimpan adalah ubat demam dan batuk.

Jangan Simpan Ubat Demam Terlalu Lama

Masa tu mana tahu bahawa bahaya simpan ubat demam lama-lama dalam peti ais. Dah tentu ubat tu disimpan berbulan-bulan lamanya.

jangan simpan ubat dalam peti ais
Biasanya kita akan memberikan ubat jika mendapati anak kita demam

Melalui satu perkongsian oleh seorang doktor (Taufiq Razif), dia memberitahu bahawa bahaya simpan ubat demam lama sangat. Alasan doktor tersebut adalah ubat tersebut diisi dengan nitrogen (udara bersih) semasa di kilang.

Kenapa Tidak Boleh Simpan Ubat Demam Terlalu Lama?

Apabila botol ubat itu kita buka di rumah, udara bersih di dalam botol yang bebas kuman itu akan keluar manakala udara dari luar yang mengandungi fungi, bakteria dan wap air akan memasuki botol tersebut.

Apabila ubat disimpan di dalam peti sejuk, proses kondensasi akan berlaku di mana wap air akan terbentuk di dalam botol ubat tersebut. Wap air itu tiada bahan pengawet berbanding ubat itu memang ada pengawet. Jadi katanya bakteria mudah membiak di dalam botol tersebut.

Berapa Lama Boleh Simpan Ubat Demam?

Kata doktor Taufiq lagi, sebenarnya anda tidak perlu simpan pun ubat tersebut. Kerana jika anak anda demam lagi, pergi ke klinik dan ambil ubat yang baru.

Cara itu lebih selamat. Namun jika anda mahu menyimpan juga pastikan tidak melebihi 2 bulan. Lebih bahaya kalau kita tidak mengetahui berapa lama ubat itu disimpan. Bila anak demam anda tanpa berfikir panjang terus bagi ubat tersebut pada anak.

Bahaya simpan ubat dalam peti sejuk
Kalau bacaan macam ni memang kena berikan ubat demam

Tips: Jika suhu badan anak masih di bawah 37.5 c, tidak perlu anda berikan anak anda ubat deman. Pastikan anak anda minum air yang banyak. Jika selsema yang masih ditahap permulaan atau sikit sahaja, banyakkan makan buah-buahan. Sebolehnya, jangan banyak sangat bergantung pada ubat jika sakit tidak seberapa.

Semoga perkogsian ini memberi kesedaran kepada ibu-ibu yang lain. Ada juga ibu bapa yang memang mengetahuinya namun kadang-kadang terberi juga anak makan ubat lama. Mungkin mereka terlalu sibuk. Semoga bermanfaat.

Nota: Min juga pernah terbaca tentang seorang kanak-kanak ditumbuhi seperti campak akibat makan ubat demam yang telah lama disimpan dalam peti sejuk.

Baca Juga – Cara Tradisional Merawat Demam Panas

Apa komen anda? Selepas baca artikel ini, apa kata anda terus ke peti sejuk anda. Periksa botol-botol ubat. Jika ada yang telah melebihi 2 bulan buang saja. Yang tiada tarikh pun sama.

Layari page kami di @suka viral

Written by Admin

Saya lelaki biasa yang ada perlindungan takaful dan insurans. Suka travel seperti orang lain. Pernah naik flight untuk travel seperti Air Asia, Malindo, Malaysia Airlines, Fire Fly, Scoot, Singapore Airlines, Qantas, Thai Airways, British dan sebagainya. Makan juga nasi, KFC, Mc Donalds, Burger Kings. Minat forex tapi tak pandai. Sikit duit dalam simpanan akaun di Maybank, CIMB Bank, Hong Leong Bank dan AmBank. Membeli belah dengan kemudahan AEON Cards.

fad mahu jaga anak Abam

Fad Mahu Jaga Anak Abam. “Daddy Jaga Hamzah Ye Nak, Anak Daddy 4 Orang Sakarang”

roh tergantung jika tidak bayar hutang

Roh Tergantung Jika Tidak Bayar Hutang. Perjalanan Ke Syurga Juga Tertangguh