Aidil Sharin Sahak mengingatkan pemain-pemain Kedah supaya jangan terlalu fikir mengejar JDT selaku pendahulu CIMB Liga Super.
Apa yang penting pemain-pemain hendaklah memberi tumpuan dari satu perlawanan ke satu perlawanan.
Pemain Diingatkan Jangan Terlalu Fikir Mengejar JDT
Menurut Aidil, mustahil untuk JDT yang telah mengumpul 19 mata untuk keciciran enam mata pada baki saingan. Ini adalah berdasarkan kepada momentum dan kemenangan demi kemenangan yang dicatatkan oleh pasukan itu.
Kedah yang kini naik ke tangga kedua setelah mengumpul 13 mata perlu berusaha untuk mengekalkan momentum kemenangan. Pada waktu yang sama pemian-pemain juga tidak boleh terlalu selesa dengan kedudukan pasukan sekarang.
“Kita perlu realistik bahawa JDT adalah salah satu pasukan terbaik dalam liga. Bukan mudah untuk kita melihat mereka tercicir enam mata dalam empat perlawanan terakhir ini. Perkara ini perlu diakui,”katanya ditemui media selepas menjalani latihan di Stadium Mini Jitra dekat sini petang semalam.

Mengulas mengenai PKPD yang dilaksanakan di Daerah Kota Setar, Aidil Sharin berkata, beliau mengakui sedikit sebanyak perkara itu menyukarkan anak-anak buahnya untuk turun berlatih dalam mengekalkan momentum.
Namun pihaknya tetap bersyukur kerana diberi kebenaran untuk berlatih di Jitra selepas gagal berlatih di lokasi biasa di Stadium Sultan Abdul Halim, Suka Menanti, Alor Setar.
Dalam empat perlawanan terakhir nanti, pasukan Kedah akan turun untuk bertemu Sabah, Pahang, Melaka dan Perak. Bagi pasukan JDT pula, mereka akan turun untuk bertemu Selangor, PJ City, Sabah dan Melaka.
HIGHLIGHTS FELDA UTD VS KEDAH
Sumber: SH
Dalam perlawanan menentang Sabah nanti, dikhabarkan pasukan Kedah akan bermain di Lembah Kelang memandangkan Stadium Darulaman terletak di zon yang terlibat dengan PKPD. Walau bermain di mana sekalipun, fokus kepada perlawanan dan jangan terlalu fikir mengejar JDT. Suka Viral