in

Ini Jawapan Atas Cacian Terhadap Saya – Narresh

Saksi Utama - Narresh
Foto - Malaysia Gazzete

KUALA LUMPUR – Semua mengetahui bahawa perginya anggota bomba, Arwah Muhammad Adib adalah akibat perbuatan sekumpulan individu setelah Mahkamah Koroner membuat keputusannya hari ini. Jadi kita sebagai rakyat Malaysia yang berbilang bangsa dan agama harus menerimanya walau apa sekalipun bangsa kita. Keputusan ini juga, membuatkan salah seorang saksi utama kejadian, Narresh merasa sangat lega.

Pada ketika kejadian, beliau berada di lokasi kejadian dan beliau adalah orang yang bertanggungjawab mengusung Adib yang ketika itu dalam kesakitan ke dalam sebuah pacuan empat roda dan memangkunya sehingga sampai ke Pusat Perubatan Subang Jaya (SJMC).

NARRESH LEGA

Narresh adalah salah seorang saksi utama yang dipanggil di dalam Inkues yang mencari punca pemergian Arwah Adib. Lebih mengejutkan ramai pihak terhadap apa yang beliau dedahkan hingga menjadi mangsa kemarahan sesetengah pihak.

Narresh
Naresh merupakan salah sorang saksi utama dan berada di tempat kejadian. Foto – Utusan

Menurut laporan Malaysia Gazzete berikut adalah luahan saksi selepas Mahkamah Koroner membuat keputusan terhadap kes berkenaan.

“Selama ini saya menerima cacian dan hinaan kerana kononnya ‘bias’ ketika memberi keterangan berhubung apa yang menimpa Adib, hari ini akhirnya terbukti yang saya tidak mereka-reka atau menokok tambah mengenai kejadian tersebut,” katanya lagi.

Ketika prosiding inkues pada Februari lalu, beliau mengejutkan ramai pihak apabila mendedahkan yang beliau terlihat kesan tapak kasut pada bahagian rusuk kanan Arwah pada malam kejadian berkenaan.

“Sesungguhnya Mahkamah Koroner telah membuat keputusan yang adil, ternyata keterangan kami yang benar-benar berada di tempat kejadian telah diambil kira.

“Saya menyambut baik keputusan yang dibuat Mahkamah Koroner dan menyifatkan hakim telah mempertimbangkan semua keterangan dengan tanpa bias kepada mana-mana pihak. Saya percaya hakim tidak sewenang-wenangnya membuat keputusan, bukan saya seorang sahaja yang dipanggil dalam inkues itu.

“Dalam erti kata lain, hakim bukan mendengar cerita sebelah pihak semata-mata, beliau bukan dengar keterangan saya sahaja, jadi saya percaya beliau adil dalam keputusannya,” kata Narresh.

Narresh seterusnya berharap masyarakat menerima keputusan berkenaan dengan hati terbuka.

Beliau juga bersyukur akhirnya kerana sekurang-kurangnya keadilan telah memihak kepada Adib walaupun mereka yang bertanggungjawab melakukan perbuatan berkenaan belum dapat dikenal pasti dan dibawa ke muka pengadilan.

Kita sebagai rakyat malaysia seeloknya berpihaklah kepada kebenaran. Kita harus memuji sikap yang ditunjukkan oleh saudara Narresh ini kerana beliau bercakap berlandaskan apa yang dia lihat.

Bukan seperti sesetengah orang yang mengaku pakar, bercakap hanya berlandaskan pengalaman dan status tanpa memikirkan situasi semasa. Semoga keadilan berpihak kepada Arwah Adib dan keluarga.

Baca Juga – Kisah Polis Bantu Pencuri Roti Yang Tular

Written by Admin

Saya lelaki biasa yang ada perlindungan takaful dan insurans. Suka travel seperti orang lain. Pernah naik flight untuk travel seperti Air Asia, Malindo, Malaysia Airlines, Fire Fly, Scoot, Singapore Airlines, Qantas, Thai Airways, British dan sebagainya. Makan juga nasi, KFC, Mc Donalds, Burger Kings. Minat forex tapi tak pandai. Sikit duit dalam simpanan akaun di Maybank, CIMB Bank, Hong Leong Bank dan AmBank. Membeli belah dengan kemudahan AEON Cards.

7 Aktiviti Menarik di Teratak Toksu

Teratak Toksu, RM80 Semalam Dengan 7 Aktiviti Menarik

RESEPI APAM BALIK HOMEMADE

Resepi Apam Balik – Letak Jagung Hingga Meleleh