Bagi mereka yang tinggal di pendalaman, biasanya jarang-jarang dapat makan buah epal tetapi mereka sangat mewah dengan buah-buahan tempatan yang diperolehi di sekeliling rumah. Sesekali apabila dapat buah epal, biasanya mereka akan membuang kulit. Orang bandar juga ada yang membuang kulit.

Yang tinggal di bandar pula, kebanyakkannya akan membeli buah epal. Buah epal juga senang di makan. Hanya basuh dan terus mengunyahnya tanpa perlu membuang kulit.
Tahukah anda khasiat atau manfaat epal jika dimakan bersama kulit dan adakah anda mengenali jenis-jenis epal yang anda sering makan itu?
JENIS-JENIS EPAL
1. Braebun
Warnanya berubah daripada hijau keemasan hingga ke merah. Isinya rangup dan rasanya adalah gabungan manis dan masam. Sesuai juga dijadikan salad dan snek.

2. Jonagold
Warna asas epal ini adalah kuning hijau beserta jalur merah muda. Ia biasanya digunakan di dalam masakan dan sangat sesuai dimakan begitu sahaja.

3. Golden Delicious
Dikenali sebagai epal serbaguna. Kebiasaannya menjadi pilihan untuk masakan. Kulitnya lembut dengan isi yang putih pejal. Untuk memakannya anda tidak perlu mengupas kulitnya. Bentuk dan rasa lembutnya kekal walau setelah dimasak atau dibakar.

4. Granny Smith
Dikenali sebagai epal hijau oleh masyarakat kita. Warnanya hijau terang. Adakalanya berwarna sedikit merah muda. Ia terasa seperti asam, rangup dan sesuai juga dibakar.

5. Cameo
Merupakan sejenis epal manis. Dengan teksturnya yang pejal. Ia bercirikan jalur merah gelap di atas latar belakang berwarna krim. Sesuai dijadikan snek.

6. Cripps Pink
Isi pejal dan rangup dengan rasanya yang masam. Sesuai dimasak dan dimakan begitu saja.

7. Honeycrisp
Kulitnya berwarna merah terang dan hijau pucat. Epal ini sangat sesuai dibuat salad.

8. Red Delicious
Kulitnya berwarna ruby gelap dan berbentuk hati klasik. Mempunyai rasa manis yang sederhana dan kerangupan yang tersendiri. Menjadikannya snek bertaraf 5 bintang.

9. Fuji
Epal Fuji sangat rangup dan berjus. Ia berwarna kuning kehijauan dengan ton merah. Memiliki rasa berempah dan manis menjadikannya sesuai untuk salad. Juga sangat sedap dimakan begitu saja.

10. Royal Gala
Berbentuk seperti hati dengan warna kulitnya kuning jingga. Rasanya manis dan sangat rangup.

MANFAAT JIKA DIMAKAN DENGAN KULIT
Nilai khasiat bagi setiap 100 gram.
Tenaga: 52 kcal
Karbohidrat: 13.81 gram
Lemak: 0.17 gram
Protein: 0.26 gram
Air: 85.56 gram
Sodium: 1 mg
Beta-Karotena: 27 mg
Lutein dan Zeaxanthin: 29 ug
Tiamin (Vitamin B1): 0.017 mg
Niacin (Vitamin B3): 0.091 mg
Acid Pantothenic (Vitamin B5): 0.061 mg
Vitamin B6: 0.041 mg
Folat (Vitamin B9): 3 ug
Vitamin C: 4.6 mg
Vitamin E: 0.18 mg
Vitamin K: 2.2 ug
Kalsium: 6 mg
Besi: 0.12 mg
Magnesium: 5 mg
Mangan: 0.035 mg
Fosforus: 11 mg
Kalium: 107 mg
Semoga ianya bermanfaat untuk anda.
Suka Viral