in , ,

Jika PKP Tidak Dilanjutkan Jangan Berhimpun Selama 6 Bulan Hingga Setahun

jika pkp tidak dilanjutkan
Foto: Twitter

Selepas tarikh 14 April ini, sekiranya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tidak dilanjutkan, Kementerian Kesihatan Malaysia menasihatkan orang ramai agar tidak menyertai mana-mana perhimpunan awam dalam jangka masa 6 bulan hingga setahun.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata amalan yang diterapkan ketika ini adalah bertujuan untuk mengelakkan jangkitan C0V1D-19 perlu diteruskan dalam kehidupan masyarakat untuk satu jangka masa yang agak panjang.

Jika PKP Tidak Dilanjutkan Jangan Berhimpun

”Amalan perhimpunan contohnya 6 bulan ataupun setahun, kita tak menggalakkan langsung perhimpunan membabitkan orang yang ramai,” katanya menerusi Sidang Media Perkembangan C0V1D-19.

Malah, orang ramai turut dinasihatkan sentiasa melakukan amalan yang diterapkan ketika ini iaitu penjarakan sosial dan kerap membasuh tangan dengan air dan sabun.

Rekod terkini menunjukkan Malaysia telah mencacatkan sebanyak 3,333 kes positif jangkitan dengan 53 kes kematian. Sebanyak 827 kes telah sembuh sepenuhnya dan dibenarkan keluar dari hospital.

Perintah Kawalan Pergerakan Fasa ke 2 akan berakhir pada 14 April depan sepuluh (10) hari sebelum umat Islam menyambut Ramadhan.

Kerajaan menyatakan keputusan sama ada tempoh PKP dilanjutkan atau tidak akan diputuskan berdasarkan situasi semasa kes C0V1D-19 selepas minggu pertama bulan ini.

Menerusi laman twitter KKM, rata-rata menyokong PKP dilanjutkan Mereka mempunyai alasan tersendiri.

KOMEN NETIZEN

Antaranya adalah:

Menyarankan agar lebih baik disambungkan lagi 14 hari adalah kerana rakyat Malaysia rata-rata semuanya tidak patuh pada arahan dan kebarangkalian untuk kes meningkat secara mendadak adalah sangat TINGGI dan mungkin menjadikan ia 5 kali ganda.

Panjangkan lagi PKP sampai betul selamat.Kerajaan jangan ambil risiko.Sem ini kami hangus kena mula semula sem depan pun sanggup.Kami tak nak ada PKP versi 2.0,biar 1.0 sahaja sampai tamat dan selamat”

komen netizen jika pkp tidak dilanjutkan

Dalam pada itu ada juga yang tidak bersetuju ianya dilanjutkan. Harapan kami agar Kerajaan membuat keputusan yang tepat demi masa depan rakyat dan negara. Jika PKP tidak dilanjutkan, semua rakyat harus berdisiplin dan biasakan diri untuk lebih banyak berada di rumah – Suka Viral

Written by Admin

Saya orang biasa yang ada perlindungan takaful dan insurans. Suka travel seperti orang lain. Pernah naik flight untuk travel seperti Air Asia, Malindo, Malaysia Airlines dan Fire Fly. Nak cuba juga naik Scoot, Singapore Airlines, Qantas, Thai Airways, British dan sebagainya namun belum ada rezeki. Selain nasi sebagai makanan utama suka juga makan KFC, Mc Donalds dan sesekali Burger Kings. Minat bermain forex tapi tak pandai. Mempunyai akaun simpanan seperti Maybank, CIMB Bank, Hong Leong Bank dan AmBank tetapi duit belum tentu ada. Membeli belah dengan kemudahan kad debit. Tak pernah cuba kad kredit atau lain-lain kad.

bantuan prihatin nasional

Bantuan Prihatin Nasional – Siapa Perlu Buat Semakan & Permohonan?

homemade loaf bread

Jom Buat Homemade Loaf Bread Pula!