Jom Viralkan Peragut Ni Sehingga Tertangkap

KUALA LUMPUR – Video seorang lelaki yang meragut telefon bimbit serta beg duit milik mangsanya berhampiran sebuah masjid di Medan Idaman semala telah menjadi viral di media sosial.

Semasa kejadian pada pagi semalam, mangsa dalam perjalanan ke sebuah masjid di Medan Idaman untuk menunaikan solat sunat Aidiladha.

“Mohon viralkan muka peragut/penjenayah yg meragut hand phone serta beg duit hamba Allah yg sedang pergi ke masjid Medan ldaman KL utk menunaikan solat Hari Raya Aidil Adha..muka penyamun jelas nampak..tolong viralkan muka penyanggak ni..biar polis senang mengenalpasti saspek ini!”

Video berdurasi 1 minit 17 saat itu menunjukkan mangsa pada awalnya merakam video keadaan suasana sekeliling masjid berkenaan tanpa menyedari tindakannya itu menarik perhatian suspek.

https://www.youtube.com/watch?v=9MikrDLCBAk

Tidak beberapa lama kemudian, dua suspek berkenaan bertindak menghampiri mangsa dan terus meragut telefon bimbitnya sebelum memecut meninggalkan mangsa.

Bagaimanapun, suspek tidak menyedari bahawa mangsa sedang membuat rakaman video dan secara tidak langsung terakam wajah suspek kedua yang berkata,

“Kejarlah kalau berani. Sony jer dowh,” katanya.

Dipagi yang mulia ini mereka sepatutnya ke masjid, teteapi mereka melakukan jenayah. Semoga kedua-dua suspek diberi hidayah dan dihadapkan ke muka pengadilan.

Sumber : The Reporter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *