in ,

24 April 2019 – JPJ Seberang Jaya Akan Lelong Kereta Serendah RM700. Jom Serbu!!

Kereta Lelong

Berita baik untuk orang-orang Utara meliputi penduduk negeri Pulau Pinang, Perlis, Kedah dan Perak. Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Seberang Jaya, Pulau Pinang akan lelong kereta pada harga serendah RM700.

Bagi orang-orang yang terlibat dengan hartanah, mereka berpendapat jika ada duit lebih elok beli rumah daripada beli kereta, kerana harga rumah akan meningkat naik dari setahun ke setahun manakala harga kereta akan jatuh.

kereta lelong
Haa boleh tahan lagi kereta ni

Namun tidak salah pun kalau anda nak beli kereta terpakai dengan harga yang murah, asalkan kereta itu dalam keadaan elok dan selamat serta boleh sampai ke destinasi yang ingin dituju.

Bila berbicara pasal kereta, pasti korang yang sedang mencari kereta dan bajet kecik teruja dan mahu mencuba kalau ada jualan murah kereta. Sekarang peluang untuk anda yang mahu mencari kereta dengan syarat ada tunai dalam tangan.

JPJ lelong kereta
Deretan kenderaan untuk dilelong

Ini kerana pada 24 April 2019 akan datang, JPJ akan buat lelongan kereta yang disita dengan harga serendah RM 700. Wow! Murahnya bukan. Apa lagi set la tarikh tu dalam telefon bimbit anda.

lelong kereta disita
Agak-agak berapa ye dua buah kenderaan ini?

Artikel Lain: Cara Mengetahui Injap Tangki Minyak Kereta Anda Tanpa Melihatnya (Jika Lupa)

Betul Ke Harga Kereta Serendah RM 700 Sahaja!

Menurut sumber Penang Kini, sebanyak 92 buah kereta berjenama luar negara akan dijual pada harga sekitar RM 700 hingga RM 13,000.

harga rizab kereta lelong
Harga dan status kereta

Bulan depan bertarikh 24 April JPJ akan membuat lelongan awam terhadap kenderaan yang telah disita di Pejabat JPJ Seberang Jaya, Pulau Pinang. Kalau tengok pada harga rizab, ianya agak menarik menarik dan teruja. Sesiapa yang ada tunai, cubalah buat bidaan mana tahu tuah milik anda.

Harga kereta sita
Harga dan status kereta yang hendak dilelong

Nampaknya semua kereta adalah jenama luar negara. Sebanyak 92 buah kereta pelbagai jenis dan model sedia menanti anda semua. Apa lagi Jom ramai-ramai serbu.

JPJ lelong
Toyota Camry masih relevan

Untuk makluman anda, penjualan buku lelong akan bermula pada 25 Mac 2019 di Pejabat JPJ Seberang Jaya. Kepada yang telah membeli, boleh lah datang melihat kenderaan bermula pada 15 April sehingga 23 April 2019.

kereta terpakai
Sesuai untuk keluarga yang besar

Tapi anda kena ingat juga, kalau nak beli kereta lelong ni, banyak juga la nak kena buat pada kereta tersebut. Maklumlah dah berapa lama tersadai. Namun untuk anda yang mempunyai bajet terhad, inilah peluangnya untuk mendapatkan sebuah kereta.

Artikel Lain: Tanda-Tanda Awal Gearbox Kereta Anda mengalami Kerosakan

Sumber: Lobak Merah

Written by Nur Aida

Permainan PUBG Menghina Islam Secara Halus

“ALLAHUAKBAR!! Ibu Sonny Bill Williams (Pemain Ragbi All Black) dan Rakan Sepasukannya Mengucap Syahadah