in ,

Tahukah Anda Jurang Yang Paling Dalam Di Dunia?

Jurang Laut Paling Dalam Di Dunia

Tahukah anda di mana letaknya jurang yang paling dalam di dunia dan berapakah kedalamannya?

Untuk pengetahuan anda jurang tersebut terletak di Lautan Pasifik. Jurang ini adalah jurang laut yang dinamakan Jurang Marina dan merupakan lokasi paling dalam pada permukaan kerak bumi.

Lakaran Jurang Mariana. jika diletakkan gunung everest ke bahagian paling dalam di jurang ini, puncaknya tidak mampu menyentuh permukaan laut. Photo: nextbigfuture.com

Jurang Marina terletak di dasar Lautan Pasifik di timur dan selatan Kepulauan Mariana, di timur Mindanao, Filipina. Jurang ini meliputi separuh kawasan lautan di selatan Filipina. Ianya ditemui oleh pemerintah Sepanyol yang memerintah Filipina suatu ketika dahulu.

Tahukah anda berapa dalamkah jurang laut ini? Anda jangan terkejut kerana menurut wikipedia kedalamannya adalah lebih kurang 11 km bersamaan dengan 6.8 batu.

Untuk memudahkan anda ‘imagine’ kedalamannya sila lihat perumpamaan ini. Pernahkan anda melihat pesawat yang terbang tinggi melintasi ruang udara anda? Pernah bukan. Anda nampak kapal terbang itu membelah angkasa atau awan yang menampakkan asap panjang yang kekal kaku beberapa minit. Biasanya jarak kapal terbang berkenaan dari bumi adalah antara 35,000 ke 40,000 kaki dari aras laut. Lihat contoh gambar di bawah.

Anda pernah lihat? Kapal terbang ini terlalu tinggi dalam situasi tersebut. Photo: quora.com

Itulah perumpaaan dalamnya jurang tersebut. Katakan anda berada di dasar jurang dan pesawat tersebut adalah paras permukaan air. Semestinya terlalu dalam.

Panjang jurang tersebut adalah lebih kurang 1.5 batu (2.4 km). Jika difikirkan logik akal kita tiada hidupan yang mampu hidup di situ kerana tekanannya yang sangat tinggi.

Difahamkan sebuah kapal selam yang telah dicipta khas (special design) iaitu “Trieste” telah berjaya menyelam sehingga kedalaman 10,900 meter (6.7 batu) ke dasar Jurang Marianas tetapi masih belum mencecah dasar jurang.

Selepas itu 2 lagi kapal selam telah berjaya sampai ke paras kedalaman hampir 11,000 meter (6.8 batu) tetapi ini ia juga masih belum mampu mencecah dasar Jurang. Yang terbaru adalah kapal selam Nereus pada 2009.

Bahagian paling dasar adalah jauh lebih dalam dari aras laut daripada ketinggian Gunung Everest di atas aras laut iaitu 8,848 meter (29,028 kaki). Bahagian dasar laut di situ menerima tekanan sehingga setinggi 108.6 MPa (11074 Ton) iaitu lebih seribu kali tekanan atmosfera piawaian pada aras laut.

Sumber: Wiki & Perak Ajerr

18 Perkara Untuk Gembirakan Ibu Bapa

Bahaya Tomyam Campur

Bahaya Makan Tomyam Campur – Ustaz Kazim Elias