in ,

Kadar Bayaran Zakat Fitrah 2019 Dan Waktu Afdal Untuk Membayarnya

Kini kita sedang berada di Bulan Ramadhan. Dalam kesibukan melakukan ibadah puasa, jangan kita lupa menunaikan solat lima waktu. Disamping itu juga, jangan sesekali lupa untuk keluarkan zakat fitrah.

Kita boleh melaksanakan ibadah ini dengan membayar kepada Amil yang dilantik oleh Pihak Berkuasa atau apa jua cara yang dibenarkan.

Tujuan zakat fitrah adalah untuk membersihkan diri dari dosa dan harta yang tidak halal serta untuk diagihkan kepada golongan yang layak menerimanya

KAEDAH PEMBAYARAN ZAKAT FITRAH

Kaedah pembayaran zakat fitrah yang ditentukan ialah melalui makanan asasi daripada jenis yang mengenyangkan. Hal ini dijelaskan melalui hadis Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Abu Said al-Khudry yang membawa maksud:

“Adalah kami para sahabat ketika bersama Rasulullah SAW sering mengeluarkan zakat fitrah daripada setiap orang yang kecil dan besar, merdeka atau hamba satu gantang makanan atau satu gantang keju atau satu gantang syair atau satu gantang tamar atau satu gantang zabib.

Demikianlah kami terus berbuat demikian sehingga datang kepada kami oleh Muawiyah Abi Sufian bagi mengerjakan amal ibadat haji atau umrah, kemudian beliau menyampaikan ucapannya di atas mimbar, maka dalam ucapannya kepada orang ramai beliau berkata: Saya berpendapat, bahawa satu mud (cupak) gandum Sham menyamai satu Sha’ (gantang) tamar. Setelah itu, masyarakat pun berbuat demikian sedangkan Abu Sufian berkata: aku tetap mengeluarkannya sebagaimana mulanya”

(Hadis riwayat Muslim)

beras fitrah
Pembayaran zakat fitrah ditentukan imelalui makanan asasi sesebuah negeri dari jenis yang mengenyangkan

KADAR BAYARAN ZAKAT FITRAH

Kadar bayaran zakat berbeza mengikut negeri. Berikut adalah senarai penuh kadar bayaran Zakat Fitrah Bagi Tahun 2019 bagi seluruh negeri di Malaysia menerusi Majlis Islam Negeri dan Agensi Mengurus Zakat (AMZ).

kadar fitrah
Jadual Kadar Zakat Fitrah Tahun 2019

WAKTU MENGELUARKAN ZAKAT FITRAH

  • Harus – Bermula dari awal bulan Ramadhan sehingga akhir bulan Ramadhan
  • Wajib – Selepas terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan
  • Waktu Afdhal – Selepas solat Subuh pada hari akhir Ramadhan sehingga sebelum mengerjakan sembahyang sunat Aidil Fitri
  • Makruh – Selepas sembahyang sunat Aidil Fitri sehingga sebelum terbenam matahari
  • Haram – Selepas terbenam matahari pada hari raya Aidil Fitri

KADAR ZAKAT FITRAH

Kadar fitrah ialah satu gantang Baghdad bersamaan 2.70 kg beras atau senilai dengannya. Kadar ini berdasarkan ketentuan yang dibuat oleh Pihak Berkuasa Agama Negeri.

zakat fitrah
Kadar fitrah ialah satu gantang Baghdad bersamaan 2.70 kg beras atau senilai dengannya

SYARAT WAJIB ZAKAT FITRAH

Orang Islam yang wajib mengeluarkan zakat fitrah untuk diri dan keluarga atau tanggungannya ialah:

  • Individu yang mempunyai lebihan makanan atau hartanya dari keperluan tanggungannya pada malam dan pagi hari raya.
  • Anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir bulan Ramadhan dan hidup selepas terbenam matahari.
  • Memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan dan berkekalan Islamnya.
  • Seseorang yang meninggal selepas terbenam matahari akhir Ramadhan.
bayar fitrah
Bayi yang lahir sebelum akhir ramadhan juga dikira tanggungan dan dikenakan zakat fitrah

Semoga kita semua memahami tentang zakat fitrah dan menunaikan kewajipan ini tanpa gagal.

Sumber: Zakat Selangor dan My Sumber

Diet Di Bulan Ramadan

Tips Diet Di Bulan Ramadan – Gadis Ini Berjaya Turunkan Berat Badan 10 Kilogram

Cara Buat Telur Masin Homemade Menggunakan Telur Ayam