in , ,

Kajian Mendapati Wanita Yang Memiliki Punggung Besar Lebih Sihat dan Bijak

Wanita Punggung Besar Lebih Bijak dan Sihat

Kajian mendapati wanita yang memiliki punggung besar lebih sihat dan bijak. Namun sesetengah masyarakat sangat sensitif jika ada perbahasan yang berkaitan dengan sesuatu bahagian pada tubuh manusia terutama wanita. Malah jika diperkatakan tentang topik ini, ada yang mengatakan kita sedang berkata sesuatu yang luc4h.

Tidak dinafikan ada wanita yang malu kerana mempunyai bentuk punggung yang besar. Ini kerana mereka sering menjadi perhatian orang ramai terutamanya lelaki. Sebenarnya dia tidka perlu malu kerana itu adalah salah satu ‘aset’ daya penarik khususnya ketika menggayakan sesuatu pakaian (Wanita muslim kena ingat, jangan menampakkan aset anda ini kepada bukan muhrim).

punggung besar
Sesetengah wanita merasakan memiliki punggung yang besar adalah aset bagi mereka

Untuk pengetahuan semua, dalam ilmu perubatan mereka melihat memiliki punggung yang besar bukan saja salah satu aset kecantikan wanita. Ia juga mampu menghindari pelbagai penyakit kronik, selain memiliki kebijaksanaan.

Tahun lalu, sekumpulan pelajar dari Universiti Oxford, Amerika Syarikat telah membuat kajian. Hasil analisa data yang diperolehi daripada 16,000 wanita, telah mendapati wanita yang memiliki punggung besar rupa-rupanya bukan sahaja pintar tetapi mereka juga mempunyai ketahanan badan untuk melawan pelbagai jenis penyakit kronik.

Ketua Penyelidik dalam kajian tersebut, Prof Dr Konstantinos Manolopoulos berkata, kajian yang dilakukan itu mendapati lemak yang tersimpan di peha dan punggung melindungi tubuh mereka daripada penyakit kronik seperti jantung dan diabetes.

pinggul besar
Wanita yang bijak sudah tentu tidak kisah dengan fizikal tubuhnya

Punggung yang besar mampu merangsang pembentukan hormon leptin dalam badan wanita dan hormon tersebut bertanggungjawab untuk mengawal berat badan. Pada masa yang sama juga, hormon dinopectina bermanfaat menjadi ejen anti-radang, jantung dan anti-diabetes.

Tisu adipose pula mampu memerangkap zarah lemak di punggung seta menghalang penyakit kardiovaskular. Ini kerana lemak yang terdapat pada bahagian tersebut menyimpan asid lemak bagi menjaga kestabilan tubuh.

Lemak dalam tubuh pula akan mempengaruhi kesihatan dan tahap kecerdasan seseorang berbanding lemak yang terdapat pada perut akan meningkatkan risiko penyakit. Namun sebaliknya lemak yang terdapat di punggung memberi kelebihan.

lemak dalam badan
Lemak dalam tubuh akan mempengaruhi kesihatan dan tahap kecerdasan seseorang

Anda harus ingat bahawa lemak pada perut dan badan dianggap tidak sihat dan boleh menyebabkan banyak masalah kesihatan seperti tinggi tahap kolesterol, tekanan darah tinggi dan diabetes.

Ketua Penyelidik juga memberitahu bahawa, dalam kajian yang dibuat menunjukkan wanita dengan postur tubuh lebih tinggi cenderung mempunyai kolesterol dan glukosa lebih rendah dan tahap lemak Omega 3 yang lebih tinggi bagi perkembangan otak.

Artikel Berkaitan: Tips Untuk Hidup Sihat

INFO PENTING

Berikut adalah kumpulan makanan yang membantu anda menegangkan punggung dan beberapa senaman yang berkesan.

Protein

Anda disyorkan minum ‘protein shake’ selepas senaman.

protein shake
Wanita bersama protein shake

Karbohidrat

Amalkan pengambilan beras perang, oat, bijirin dan ubi membantu mengekalkan otot yang baik.

Sayur-sayuran

Mengamalkan pengambilan sayuran hijau seperti bayam, kailan, brokoli dan lain-lain lagui kaya dengan antioksidan.

sayuran hijau
Amalkan pengambilan sayuran hijau

Lemak

Tidak seperti lemak tepu, lemak yang baik memberi pelbagai manfaat kesihatan seperti membantu berat badan ideal. Antara makanan patut diambil ialah minyak ikan, minyak zaitun, badam, walnut, dan mentega kacang.

Senaman

Lakukan rutin senaman untuk membentuk punggung yang menarik. Kalau makan tidur macam mana hendak membentuk punggung yang cantik.

senaman untuk punggung
Lakukan senaman rutin jika anda ingin punggung yang cantik dan pejal

Apa komen anda? Sila kongsikan jika ia memberi manfaat kepada anda dan orang lain.

Jangan lupa layari facebook @Suka Viral

Sumber: BHarian

Kapsul Beracun Dikesan

Lagi Kapsul Dikesan Mengandungi Racun Berjadual – KKM

Azan jumaat Secara Langsung di New Zealand

Laungan Azan Solat Jumaat Akan Disiarkan Secara Langsung Ke Seluruh New Zealand Esok