Kajian Menunjukkan Orang Gemuk Hidup Lebih Lama Berbanding Orang Yang Normal. Betul Ke Ni?

Satu kaji selidik di Portland mendakwa individu yang bertubuh lebih gemuk cenderung untuk hidup lebih lama berbanding mereka yang memiliki berat berat badan ideal, lapor sebuah akhbar semalam.

Gambar Hiasan

Walau bagaimamapun, pakar-pakar di Amerika Syarikat (AS) dan Kanada yang menjalankan kaji selidik terhadap 11,300 orang dewasa selama 12 tahun itu tidak pasti mengapa perkara tersebut boleh berlaku.

Terlalu menumpu perhatian pada gadjet juga menyebabkan seseorang itu kurang memberi tumpuan kepada aktiviti penjagaan kesihatan.

Kosmo Online memberitahu lagi, Kajian yang sama telah mendapati disepanjang tempoh kajian itu, kelompok yang berbadan kurus lebih cenderung menemui ajal lebih terlebih dahulu berbanding mereka yang mempunyai berat badan normal atau ideal dan diikuti dengan kumpulan individu yang memiliki komposisi badan yang terlampau obes.

Gambar Hiasan

Berdasarkan kepada penemuan itu, para penyelidik berkenaan telah menyatakan membuat kesimpulan bahawa berat atau indeks jisim badan (BMI) bukan penentu tentang keadaan dan tahap kesihatan seseorang.

Bersenam sangat penting

Menurut mereka lagi, seseorang yang memiliki berat badan yang berlebihan tetapi aktif bersenam lebih sihat berbanding mereka yang memiliki berat badan normal tetapi tidak aktif bersenam atau menjalani aktiviti kecergasan.

Gambar Hiasan

Admin sendiri pernah mengalami pengalaman bagaimana sahabat admin adalah bebadan ideal, tetapi beliau meninggal kerana sakit jantung. Selalunya kita dimomokkan bahawa jika berbadan besar risiko kematian adalah tinggi. Ianya disebabkan akan terdedah kepada berbagai penyakit merbahaya seperti darah tinggi, kencing manis dan serangan jantung.

Kita juga mempunyai kawan-kawan atau saudara mara yang berbadan besar tetapi hidup mereka lebih lama. Cuma mereka agak susah untuk bergerak cepat dan sentiasa termengah-mengah terutama ketika melakukan solat. Orang yang kurus juga ada masalah ketika solat biasanya sakit lutut.

Walau bagaimanapun tahniahlah kepada pengkaji-pengkaji. Apapun hidup mati kita adalah urusan yang maha esa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *