in ,

Kakak Baju Kuning Tampil Bersama 2 Peguam, Eira Dikenakan Tindakan Ini

Setelah hari demi hari isu video influencer perli kakak baju kuning tular di media sosial, akhirnya tindakan telah diambil oleh wanita berkenaan yang merupakan seorang Pesuruhjaya Sumpah. Beliau bukan sahaja mengalami kemurungan, malah mengalami gangguan emosi akibat menjadi mangsa buli di media sosial.

Apakah Tindakan oleh Kakak Baju Kuning

Kakak baju kuning telah dihina bentuk fizikalnya (body shaming) oleh personaliti media sosial bulan lalu dengan berbagai kata-kata yang tidak sepatutnya.

Kakak baju kuning yang dimaksudkan adalah Suharnizan Md. Sidek, 37, berkata, apa yang didakwa dilakukan personaliti terbabit (Noorazira Pissal) atau lebih dikenali sebagai Eira Aziera menerusi Facebooknya yang dibuat secara langsung telah menyentuh rupa fizikalnya.

“Malah wanita itu juga memaparkan beberapa gambar saya dan anak-anak tanpa kebenaran di Facebook Live yang ditonton oleh ramai pengikutnya sekali gus memberi kesan mendalam kepada kami.

“Walaupun perkara itu terjadi hampir sebulan, namun terdapat akaun media sosial lain yang memuat video itu semula sekali gus mencetuskan suasana tidak selesa kepada kami sekeluarga sehingga kini,” katanya.

Terdahulu, Suharnizan dengan ditemani peguamnya, Mohd. Rasheed Hassan membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan berhubung perbuatan Eira Aziera.

Suharnizan berkata, kejadian itu berlaku selepas dia meninggalkan satu komen ketika wanita berkenaan sedang melakukan Facebook Live pada pukul 10 pagi, 18 Ogos lalu.

kakak baju kuning
Gambar kakak baju kuning

Suharnizan bersama dua peguamnya, Mohd. Rasheed (kanan) dan Zulkafli Mohd. Nor (kiri) selepas selesai membuat laporan polis di IPD Johor Bahru Selatan.

Katanya lagi, tanpa disedari Noorazira telah membalas komen itu secara langsung di akaun Facebook milik personaliti berkenaan yang berbaur ‘body shming’.

“Oleh itu, saya telah mendapatkan nasihat peguam untuk meminta untuk membuat tuntutan sivil kepada Noorazira,” katanya.

Mohd. Rasheed berkata, pihaknya telah menghantar notis tuntutan sivil kepada personaliti terlibat pada semalam.

Antara tuntutan itu adalah Noorazira diminta untuk meminta maaf secara terbuka dan membayar kos pampasan serta ganti rugi dalam tempoh 14 hari.

“Jika dia gagal berbuat demikian, kita akan membawa kes ini untuk tindakan saman di mahkamah,” katanya.

Kakak baju kuning bersama dua peguamnya

Eira Telah Memohon Maaf

Dalam pada itu, menerusi facebook, Eira telah membuat permohonan maaf pagi semalam kepada pihak yang berkenaan dan berharap agar beliau dimaafkan.

Menerusi video terkini yang dimuatnaik di ruangan facebook beliau, ketika beliau sedang live sambil mekap, kebetulan satu komen masuk meminta eira untuk mengubah sikap.

Respon Eira

“Ye kak, saya akan ubah sikap saya. Saya akan pastikan mulai hari ini, esok lusa sampai selamanya. Saya ada ka, saya takdak ka saya tetap akan buat yang terbaik untuk hampa”.

“Terima kasih sebab yang sudi menasihatkan eira, terima kasih pada semua yang menyedarkan eira supaya takut eira hanyut lebih jauh lagi”

“Nak kata apa, terpulang. Nak percaya atau tak tapi pegang, start hari ini eira akan buat yang terbaik dan menjadi yang terbaik. Pegang kata-kata eira, orait. Jangan hukum eira lagi, pegang dulu dan eira tak salahkan ampa, kalau ampa marah. Eira tak salahkan ampa kalau tak mau maafkan eira dan eira tak salahkan ampa”.

“Sebab eira tau, sapa eira untuk dimaafkan dan eira tau, eira sedar kesilapan eira ini buatkan ramai pihak terasa hati, tetapi bagi eira, eira dah melunaskan kenyataan, bukan senang nak keluarkan perkataan maaf dari mulut, tapi saya buang ego saya , saya rendahkan diri saya, letak 10 jari dan mohon maaf pada semua yang ada dalam live saya, yang kenai saya”

“Orang tak kan percaya saya ni minta maaf, orang akan rasa saya ni hipokrit, orang kata saya berlagak, itu terpulang”.

Sumber – Online Malaya

Permohonan maaf Eira secara terbuka telah dibuat pagi semalam kepada mereka yang berkenaan.

Written by Admin

Saya orang biasa yang ada perlindungan takaful dan insurans. Suka travel seperti orang lain. Pernah naik flight untuk travel seperti Air Asia, Malindo, Malaysia Airlines dan Fire Fly. Nak cuba juga naik Scoot, Singapore Airlines, Qantas, Thai Airways, British dan sebagainya namun belum ada rezeki. Selain nasi sebagai makanan utama suka juga makan KFC, Mc Donalds dan sesekali Burger Kings. Minat bermain forex tapi tak pandai. Mempunyai akaun simpanan seperti Maybank, CIMB Bank, Hong Leong Bank dan AmBank tetapi duit belum tentu ada. Membeli belah dengan kemudahan kad debit. Tak pernah cuba kad kredit atau lain-lain kad.

perpindahan sumareh ke police tero fc

Perpindahan Sumareh ke Police Tero FC Satu Persinggahan – Khalid Ali

jangan terlalu fikir mengejar JDT

Jangan Terlalu Fikir Mengejar JDT – Aidil Sharin