in ,

(Video) Kamera Intip Ditemui Dalam Tandas Restoren Mamak

kamera intip di restoren mamak

Dengan teknologi yang semakin moden dan dunia semakin maju berbagai alat telah dicipta oleh manusia bagi kegunaan seharian. Sehinggakan kuman pun boleh dilihat hasil dari kemajuan teknologi.

Teknologi yang semakin canggih membuatkan menusia semakin terdedah kepada bahaya kerana ada golongan manusia pandai memanipulasi sesuatu kecanggihan alatan itu untuk kegunaan peribadinya. Kita tidak hairan jika mereka menggunakan ke arah kebaikan, tetapi ianya sangat berbahaya jika digunakan ke arah yang tidak baik.

kamera intip ditemui
Kamera yang ditemui di sebuah restoren mamak

Terkini hasil dari teknologi canggih, sedang viral tentang kamera kecil yang diletakkan di dalam sebuah tandas di sebuah restoren mamak di Kuala Lumpur. Walaupun tidak dinyatakan lokasinya, sudah tentu ramai pelanggan restoren tersebut telah menjadi mangsa.

Kita tidak pasti siapa pelakunya tetapi 99% mungkin orang dalam. Kamera tersebut direka khas pada penyangkut pakaian yang dilekatkan pada pintu di sebelah dalam tandas. Ia dilenngkapi dengan kad memori.Setelah kamera tersebut merakam sesiapa sahaja yang menggunakan tandas tersebut tuan empunya kamera akan mengambil kad memori seterusnya memuat turun ke dalam telefon bimbit atau komputer.

VIDEO YANG TULAR

Samada untuk kegunaan peribadi atau menyebarkan kepada umum (viral) ia merupakan perbuatan yang sangat tidak boleh dimaafkan. Pihak berwajib harus mengambil tindakan sewajarnya terhadap restoren tersebut.

Biasa kamera untuk mengintip ini direka dalam berbagai bentuk bagi mengaburi mangsa. Antaranya berbentuk penyangkut baju, alat pepasangan tetap bomba seperti pengesan haba, skru dan sebagainya. Kamera-kamera ini amat sukar untuk kita mengenalinya kerana kita sendiri tidak akan menyangka bahawa itu adalah kamera pengintip.

Sumber: Facebook

Khasiat Makan Telur Rebus

Khasiat Telur Rebus Dalam Mencegah Penyakit (Sesuai Untuk Amalan Diet)

Kek Cokelat Kukus

Resepi Kek Coklat Moist Kukus Paling Sedap