in ,

Kampung Baru, Ambil Secara Paksa Adalah Jalan Terakhir

Kampung Baru Kuala Lumpur

Sekiranya ada segelintir pemilik tanah di Kampung Baru berdegil untuk bekerjasama menjual lot mereka, Kerajaan mungkin mempertimbangkan pengambilan tanah Kampung Baru secara paksa mengikut Akta Pengambilan Tanah 1960.

Menurut Harian Metro, Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Abdul Samad berkata, langkah itu mungkin adalah jalan terakhir yang boleh diambil demi keadilan pemilik tanah lain yang bersetuju menjual bahagian mereka.

APA KATA KHALID BERKAITAN KAMPUNG BARU

“Insya-Allah kita tak nak ambillah. Hanya satu keadaan saja yang memungkinkan iaitu katakanlah dalam satu-satu lot itu ada 10 penama dan tujuh daripadanya sudah bersetuju tetapi tiga lagi tidak bersetuju.

“Ketujuh-tujuh penama sudah memujuk dan mengatakan ia adalah hak mereka untuk mendapat duit itu, tetapi terhalang disebabkan tiga penama tidak bersetuju.

“Kita akan cuba pujuk juga lagi tetapi akhirnya kalau masih tidak dapat pujuk, kita kena tengoklah daripada sudut keadilan orang yang dah ada hak dia. Lagipun yang duduk di Kampung Baru bukan semuanya senang mungkin dia perlukan duit itu untuk hantar anak belajar luar negara dan sebagainya.

Pemandangan Kampung Baru di waktu malam

“Jadi pada ketika itu mungkin kita terpaksa pertimbangkan (pengambilan secara paksa mengikut Akta Pengambilan Tanah 1960), tetapi seboleh-bolehnya kita mahu supaya orang Kampung Baru bersatu hati bersama membangunkan kawasan itu,” katanya.

Khalid bercakap kepada media selepas menghadiri Grand Final Karnival Sukan Parlimen Wilayah Persekutuan Tahun 2019 di Putrajaya, hari ini.

Menerusi Sidang Media Khas Pengumuman Hala Tuju dan Tawaran Kerajaan Kepada Pemilik Tanah Kampung Baru kelmarin, Khalid berkata, kerajaan membuat tawaran terakhir kepada pemilik tanah Kampung Baru iaitu harga baharu sebanyak RM1,000 setiap kaki persegi untuk pembangunan semula kawasan tersebut.

Daripada harga itu, RM850 akan dibayar berdasarkan pilihan pulangan oleh pemilik tanah. Pemilik akan diberi empat pilihan iaitu pulangan tunai; pulangan unit siap; kombinasi pulangan tunai dan unit siap; dan pulangan pemegang saham dalam Syarikat Tujuan Khas (SPV).

Khalid juga sudah mengarahkan Perbadanan Pembangunan Kampung Baru turun pada bertemu semua pemilik tanah membabitkan 830 lot semuanya. Katanya, perjumpaan berskala kecil adalah lebih baik kerana penjelasan dapat diberikan dengan lebih berkesan berbanding kumpulan besar.

“Kalau kita dapat jumpa setiap satu pemilik lot, kita jelaskan secara berkumpulan kecil sebab bila semua kumpulan besar, kemudian dalam media seperti media sosial inilah macam-macam yang mereka tembak, orang pun tak tahu betul atau tak.

“Jadi kalau kita jumpa dalam secara kumpulan kecil Insya-Allah kita boleh jelaskan dan saya rasa tiada siapa boleh menafikan bahawa ini tawaran yang terbaik yang pernah dikemukakan dalam sejarah bagi pemilik tanah Kampung Baru.

“Saya rasa mereka semua pun akan bersama selepas mendengar penjelasan daripada pihak berkenaan,” katanya.

Khalid berkata lagi bahawa pihaknya juga akan turun padang bagi menerangkan peranan SPV secara terperinci. Pemilik akan diberi peluang untuk mengetahui denga lebih lanjut mengenai SPV yang akan berperanan membeli tanah terbabit dengan pemilikan masih lagi ada iaitu sebanyak 15 peratus oleh pemilik asal.

Baca Juga – Kuala Lumpur – Penang Sejam Dengan Kereta Terbang 

Sumber: Harian Metro

Written by Admin

Saya lelaki biasa yang ada perlindungan takaful dan insurans. Suka travel seperti orang lain. Pernah naik flight untuk travel seperti Air Asia, Malindo, Malaysia Airlines, Fire Fly, Scoot, Singapore Airlines, Qantas, Thai Airways, British dan sebagainya. Makan juga nasi, KFC, Mc Donalds, Burger Kings. Minat forex tapi tak pandai. Sikit duit dalam simpanan akaun di Maybank, CIMB Bank, Hong Leong Bank dan AmBank. Membeli belah dengan kemudahan AEON Cards.

kisah kucing setia menuggu tuannya

Kisah Kucing Setia Menunggu Tuannya Yang Meninggal Kembali

nombor kecemasan polis

112 Adalah Nombor Kecemasan Polis. Sila Ingat Nombor Ini!