in , ,

Akibat Masukkan Kata Laluan Salah, Kanak-Kanak 2 Tahun Sebabkan iPhone Ibunya Dikunci Selama 47 Tahun

iPhone Terkunci 47 Tahun

Di Shanghai, China, seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun telah menyebabkan iPhone milik ibunya dikunci selama 47 tahun. Ini kerana kanak-kanak tersebut berulang kali telah memasukkan kata laluan yang salah setelah diminta oleh peranti tersebut, menurut laporan media China.

Kejadian itu telah berlaku pada bulan Januari lalu selepas ibunya membiarkan kanak-kanak tersebut menggunakan iphone miliknya bagi menonton video pendidikan dalam talian, menurut laman web berita Kankanews.com.

iPhone terkunci 47 tahun
Skirn menunjukkan iPhone ini terkunci selama 25 juta minit.

Menurut artikel tersebut, apabila Ibunya pulang ke rumah, dia mendapati telefon pintarnya telah dilumpuhkan (dikunci) selama 25 juta minit. Ia berlaku kerana anaknya telah menekan kekunci berulang kali apabila telefon itu meminta supaya kata laluan dimasukkan. Setiap kali kekunci yang salah ditekan oleh anaknya, telefon tersebut dinyahdayakan untuk sesuatu tempoh masa tertentu, kata laporan itu.

Seorang juruteknik telefon di sebuah kedai Apple di Shanghai telah dipetik sebagai berkata bahawa wanita itu terpaksa menunggu bertahun-tahun lamanya untuk cuba memasukkan kata laluannya semula atau terpaksa menghapuskan semua kandungan dalam telefon bimbitnya hingga bersih dan kemudian memasang semula fail baru.

Juruteknik tersebut Wei Chunlong, juga memberitahu laman web tersebut bahawa terdapat kes-kes telefon yang dikunci melebihi daripada 80 tahun dengan kaedah yang sama.

“Dalam kes wanita ini, satu-satunya jalan keluar (tidak perlu menunggu) adalah dengan memadam semua data dalam telefonnya dan melakukan tetapan semula kilang,” kata Wei.

Pelanggan itu yang hanya dikenali sebagai Lu (nama keluarganya), telah menunggu selama dua bulan tetapi beliau tidak nampak ada tanda-tanda telefonnya akan pulih dengan sendiri, kata laporan itu.

“Saya tidak mampu menunggu sehingga 47 tahun dan memberitahu cucu saya bahawa ini adalah kerana kesilapan ayahmu,” kata wanita tersebut.

Laporan itu mencetuskan perbahasan dalam talian di China. Sesetengah ibu bapa berkata, ibu atau bapa tidak boleh membiarkan anaknya bermain dengan telefon tanpa pengawasan.

Ramai berpendapat bahawa dia sepatutnya menyokong data yang disimpan di telefonnya di tempat lain (backup) supaya jika berlaku kejadian sebegitu, dengan mudah untuk mendapatkannya semula.

pahala mudah buat isteri

Pahala Seorang Isteri

Cara Elak Telefon Pintar Terbakar dan Meletup

Tip Mengurangkan Risiko Telefon Bimbit Terbakar dan Meletup