in

Kanak-Kanak Tercampak Keluar Kereta Di Lebuh Raya, Pemandu Myvi Ditahan

kanak-kanak tercampak

Seorang remaja berusia 20 tahun ditahan semalam kerana dipercayai memandu secara merbahaya di Lebuhraya PLUS (Utara – Selatan) sehingga menyebabkan seorang kanak-kanak berusia tahun tercampak keluar dari kenderaan yang dinaiki.

Kanak-Kanak Tercampak Keluar

Remaja itu yang memandu Kereta Myvi (Perodua) berwarna putih dipercayai terbabit dalam kemalangan itu di Km 235.5 menuju kearah utara, di lebuhraya berkenaan ditahan polis petang tadi di Batu Berendam, Melaka sepertimana yang dilaporkan oleh BH Online.

Perkara ini disahkan oleh Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Negeri Sembilan, Superintendan Ibrahim Abdul Kadir.

Pihak polis dipercayai akan membuat permohonan reman terhadap remaja berkenaan untuk meneruskan siasatan. Dalam pada itu, seorang lelaki berusia 23 tahun yang memandu kereta Honda Jazz berwarna biru tampil membuat laporan polis.

Polis masih lagi menjalankan siasatan lanjut.

VIDEO TULAR

Semalam tular di media sosial apabila dilihat dalam kemalangan itu, seorang kanak-kanak lelaki berusia 2 tahun tercampak keluar dari kenderaan yang dipandu oleh bapanya. Namun kanak-kanak terbabit selamat. Allahu akbar, inilah kuasa Allah.

Kanak-kanak terbabit juga sangat beruntung dan bernasib baik apabila pemandu kereta di belakangnya sempat berhentikan kenderaan apabila melihat kanak-kanak terbaring tercampak dan terbaring di lorong kanan lebuh raya terbabit.

Kejadian pada jam 3.21 petang itu berlaku membabitkan 2 buah kenderaan iaitu jenis Perodua Myvi dan Honda Jazz yang dilihat dipandu dengan cara yang merbahaya.

Difahamkan kedua-dua kenderaan terbabit mengubah haluan dengan cara yang merbahaya di mana telah menghimpit sebuah lagi kereta jenis Honda Civic dinaiki kanak-kanak terbabit di lorong sebelah kanan.

Akibat dari perlanggaran tersebut, kanak-kanak lelaki terbabit telah tercampak keluar dan jatuh di atas lorong paling kanan di lebuh raya berkenaan.

Superintendan Ibrahim mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada orang awam yang memberi maklumat dan membantu pihak polis hingga berjaya menahan mereka yang terlibat hingga kanak-kanak tercampak semalam di lebuh raya.

Baca Juga – Kanak-Kanak Tertinggal Di Atas Motosikal Yang Bergerak Laju Selepas Kemalangan

Kepada pemandu-pemandu, sayangilah nyawa orang lain kalau anda tidak menyayangi nyawa anda. Mudah je nasihat Min.

Written by Admin

Saya lelaki biasa yang ada perlindungan takaful dan insurans. Suka travel seperti orang lain. Pernah naik flight untuk travel seperti Air Asia, Malindo, Malaysia Airlines, Fire Fly, Scoot, Singapore Airlines, Qantas, Thai Airways, British dan sebagainya. Makan juga nasi, KFC, Mc Donalds, Burger Kings. Minat forex tapi tak pandai. Sikit duit dalam simpanan akaun di Maybank, CIMB Bank, Hong Leong Bank dan AmBank. Membeli belah dengan kemudahan AEON Cards.

mi goreng basah

Cara Masak Mi Goreng Basah Yang Sedap

fad mahu jaga anak Abam

Fad Mahu Jaga Anak Abam. “Daddy Jaga Hamzah Ye Nak, Anak Daddy 4 Orang Sakarang”