in ,

Kanak-Kanak Tertinggal Atas Motosikal Yang Bergerak Laju Selepas Kemalangan. Apa Terjadi Selepas Itu Sangat Tidak Disangka

Benar kata pepatah “JODOH DAN AJAL MAUT” ditangan Allah SWT. Bukan setakat pepatah, yang sebenarnya adalah realiti sebegitu. Tanpa kemahuan dari yang maha esa, ianya tidak akan menjadi realiti.

Ada orang bercinta bertahun-tahun, apabila tiba masa seperti yang dijanjikan untuk mengikat tali perkahwinan, tiba-tiba tak jadi dan berkahwin dengan orang lain. Yang dah berkahwin pula boleh lagi bercerai.

Begitu juga dalam kontek ajal maut. Sebelum ini seseorang itu memang tidak mahu menaiki pesawat kerana dia takut jatuh dan mati. Tiba-tiba satu hari dia menaiki juga pesawat. Pesawat tersebut benar-benar jatuh. Dia mati dalam kemalangan tersebut.

Berbalik kepada video di atas, ianya berkisar kepada AJAL MAUT. Bagaimana seorang budak boleh terselamat daripada ajal walaupun jika dilihat dari awal video tersebut, kita semua akan berkata bahawa budak tersebut akan mati. Namun keajaiban berlaku apabila kanak-kanak itu selamat walaupun motosikal tersebut meluncur laju sejauh kira-kira 500 meter selepas kemalangan walaupun kedua orang tuanya jatuh sejurus kemalangan. Bagaimanapun motosikal tersebut seolah-olah dikawal oleh sesuatu ke tempat lebih selamat sebelum ianya jatuh dan berhenti.

Kejadian tersebut berlaku di bengaluru, india. Apa yang kita boleh buat rumusan adalah, jika belum tertulis kematian kita, datanglah apapun, semuanya tidak akan berlaku.

Bila Allah berkehendak serta menghendakinya, adalah mudah baginya, dan terjdilah hanya dengan kehendakNya.

Kun Fayakuun – Jadilah, maka terjadilah apa yang dikehendaki. Tiada hal yang sulit bagi Allah, tiada hal yang mustahil untuk tidak terjadi jika Allah menghendaki terjadinya sesuatu dan atau tiadanya sesuatu.

Firman Allah SWT yang bermaksud:

Sesungguhnya keadaan-Nya apabila Dia menghendaki sesuatu hanyalah berkata kepadanya: “Jadilah!” maka terjadilah ia”.
[Yaasiin:82]

VIDEO YOUTUBE

sukaviral

Suspek Samun Diserah Kepada Polis

Ibu Serah Sendiri Suspek Samun Di Sungai Petani Kepada Pihak Polis – Tahniah

Semak NCD Kereta Anda

Panduan Membuat Semakan NCD Kenderaan Sebelum Memperbaharui Insurans