in ,

Lagi Kapsul Dikesan Mengandungi Racun Berjadual – KKM

Kapsul Beracun Dikesan

Orang awam digesa mengelakkan diri daripada membeli atau menggunakan Nan Bao Capsule iaitu sejenis produk tradisional berikutan dikesan mengandungi r4cun berjadual sildenafil dan tadalafil oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) terpaksa membatalkan pendaftaran produk pada mesyuarat ke-332 berikutan r4cun berjadual sildenafil dan tadalafil dikesan di dalam produk. R4cun berjadual tersebut tidak dibenarkan dalam formulasi produk tradisional.

Sildenafil dan tadalafil adalah sejenis ub4t untuk merawat kegagalan fungsi erektil atau m4ti pucuk

Untuk pengetahuan semua, hanya doktor sahaja boleh membekalkan ub4t-ub4t yang mengandungi sildenafil dan tadalafil. Jika anda ingin membeli di Farmasi, anda wajib menyertakan preskripsi doktor.

Penggunaan tanpa pengawasan ubatan yang mengandungi bahan tersebut boleh menyebabkan kesan advers serius seperti pengurangan atau kehilangan penglihatan dan pendengaran, penurunan tekanan d4rah secara mendadak sehingga ke peringkat yang bahaya. Ia juga memberi kesan terhadap sistem kardiovaskular seperti strok dan serangan jantung. Jangan main-main ye.

Antara kesan penggunakan ubat ini adalah boleh akibatkan masalah pendengaran dan penglihatan

“Sildenafil, tadalafil dan analognya adalah tidak dibenarkan dalam ub4t yang dikelaskan sebagai ub4t tradisional manakala penggunaannya sangat berb4haya bagi orang awam yang berisiko tinggi terhadap kesan advers itu terutamanya pesakit bermasalah jantung seperti angina yang mengambil ub4t nitrate,” kata Noor Hisham dalam satu kenyataan.

Beliau menggesa agar penjual dan pengedar produk ini menghentikan penjualan dan pengedarannya serta-merta kerana ia melanggar Akta Jualan Dad4h 1952 dan Peraturan-Peraturan Kawalan Dad4h dan Kosmetik 1984.

Individu yang melakukan kes4lahan di bawah peraturan di atas boleh dikenakan hukum4n denda tidak melebihi RM25,000 atau penj4ra tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama dan denda tidak melebihi RM50,000 atau penj4ra tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan berikutnya.

Anda juga berisiko mendapat serang4n jantung dan strok

Manakala syarikat yang melakukan kes4lahan boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 untuk kes4lahan pertama dan denda sehingga RM100,000 untuk kes4lahan berikutnya.

Noor Hisham juga berpesan agar orang awam yang sedang menggunakan produk ini segera menghentikan penggunaannya dan dapatlah nasihat dari profesional kesihatan jika mengalami kesan advers atau sebarang ketidakselesaan.

Artikel Lain: Ubat Tahan Sakit (Kesan dan Risikonya)

Orang ramai boleh menyemak status pendaftaran sesuatu produk melalui laman sesawang www.npra.gov.my. Anda juga boleh memuat turun aplikasi ‘NPRA Product Status’ daripada Google Play Store.

Sumber: Hmetro

Written by Nur Aida

Arahan No 10 MKN

Arahan MKN No.20 – Dasar dan Mekanisme Pengurusan Bencana Negara

Wanita Punggung Besar Lebih Bijak dan Sihat

Kajian Mendapati Wanita Yang Memiliki Punggung Besar Lebih Sihat dan Bijak