in ,

Kapten Indonesia Sakit Hati Dengan Gelagat Penyokong

Kapten Indonesia Sakit Hati Gelagat Penyokong
Kapten Indonesia, Andritany Andhiyasa - Foto @Instagram

Kapten dan penjaga gol pasukan kebangsaan Indonesia, Ardhiyasa melahirkan rasa kesal terhadap tingkah laku buruk penyokong tuan rumah yang menyerbu ke arah tempat duduk penyokong Malaysia semasa perlaw4nan sedang berlangsung.

Berdasarkan rakaman video, segelintir penyokong Indonesia dilihat memanjat pagar dan turun ke trek Stadium Utama Gelora Bung Karno (SUGBK) dan membuat provokasi terhadap penyokong Malaysia.

Ekor Harimau Malaya yang berada di tempat duduk bahagian bawah juga turut dilempar dengan pelbagai objek daripada penyokong Indonesia yang duduk di bahagian atas stadium.

Pihak berkuasa Indonesia sepatutnya sedar akan risiko menempatkan penyokong tuan rumah di bahagian atas. Mereka sepatutnya menutup, atau mengosongkan bahagian tersebut bagi mengelak insiden seperti yang telah berlaku.

Akibat kej4dian itu, pengadil perlawanan dari Korea Selatan terpaksa menghentikan permainan kira-kira 10 minit sehingga keadaan benar-benar tenteram.

Semasa sidang media selepas perlawanan, Kapten Indonesia itu berkata:

“Sejujurnya hati saya lebih sakit melihat kejadian di stadium. Ini benar-benar memalukan Indonesia”

“Apa pun keputusannya, kita harus menerimanya. Kita semua di sini mahu mencapai kemenangan. Walaupun keputusan malam ini tidak bagus, tetapi kita harus menerimanya. Jujur sebagai kapten pasukan, saya sangat sedih melihat apa yang dilakukan oleh penyokong kami.”

Gelagat sebahagian penyokong Indonesia

Namunpun begitu, Andritany enggan menjadikan sikap memalukan penyokong tuan rumah itu sebagai penyebab di sebalik kekalahan 2-3 kepada pasukan Malaysia.

Menurut beliau, pasukan perlu menilai dan memperbaiki segala aspek untuk bangkit dari keputusan yang buruk itu di hadapan penyokong sendiri nanti.

“Kita tidak mahu beri alasan terganggu (akibat kelakuan penyokong) atau tidak. Kita harus perbaiki semuanya. Kalau alasan terganggu, dua pasukan yang terganggu. Kita harus terima hakikat ini.

“Buat saya, kekecohan ini tidak mengganggu sama sekali, kerana saya sudah terbiasa dengan keadaan ini di liga Indonesia, dan kita tidak boleh terbiasa dengan ini.” Tambahnya lagi.

Jaringan minit-minit akhir Sumareh meletakkan Malaysia sebagai pemenang dalam perlawanan tersebut.

Perlawanan semalam berkesudahan dengan Harimau Malaya berjaya melakar kemenangan ke atas Garuda Indonesia menerusi jaringan lewat Mamadou Sumareh sebelum masa tambahan tamat.

Bagi Min, kekecohan yang dicipta sebenarnya membawa tuah kepada pasukan negara kerana berjaya menjaringkan gol dalam waktu tersebut. Walaupun Harimau Malaya mendominasi perlawanan malam tadi, dilihat mereka banyak mensia-siakan peluang. Walaupun mereka terpaksa bali ke hotel menaiki Barracuda, sekalung tahniah kepada mereka.

Sumber: Semuanya Bola

Written by Admin Suka Viral

Saya lelaki biasa yang ada perlindungan takaful dan insurans. Suka travel seperti orang lain. Pernah naik flight untuk travel seperti Air Asia, Malindo, Malaysia Airlines, Fire Fly, Scoot, Singapore Airlines, Qantas, Thai Airways, British dan sebagainya. Makan juga nasi, KFC, Mc Donalds, Burger Kings. Minat forex tapi tak pandai. Sikit duit dalam simpanan akaun di Maybank, CIMB Bank, Hong Leong Bank dan AmBank. Membeli belah dengan kemudahan AEON Cards.

Harimau Malaya Naik Barracuda

Nasib Harimau Malaya, Walau Garang Terpaksa Naik Barracuda

Cara menjadikan baju kekal putih

Cara Untuk Menjadikan Baju Sentiasa Putih dan Wangi