in ,

Resepi Menjadikan Karipap Rangup Hingga Ke Petang

RESEPI KARIPAP RANGUP

Karipap adalah salah satu kuih muih tradisional yang masih popular hingga kini. Rasa keenakan dan kesedapan kuih karipap terletak pada kerangupan dohnya (kulit) dan semestinya intinya yang sedap. Mudah sahaja untuk memjadikan karipap rangup.

Jadi disebabkan dua faktor tersebut juga menyebabkan anak-anak kita kalau makan karipap mereka akan gigit atau makan di sekeliling klim atau lipatannya terlebih dahulu kerana kerangupannya.

Semua orang boleh membuat karipap dan intinya. Namun jika dikira untuk memastikan kerangupan kulit karipap ini, kebanyakannya hanya rangup semasa panas atau selepas dimasak sahaja. Kesedapan inti boleh dikekalkan namun kerangupannya agak sukar.

Di sini dikongsikan petua atau tips oleh Sofea Hariss Firdaus bagaimana untuk menghasilkan karipap yang mana kerangupannya kekal seharian. Biasanya karipap yang kita makan hanya sedap dan rangup ketika panas sahaja.

RAHSIA KARIPAP RANGUP SEHARIAN

Berikut adalah cara untuk menyediakan dan membuat karipap rangup sampai ke petang. Jom follow.

1. Sukatan Marjerin

Untuk 1 kilo tepung, gunaKAN 1 cawan minyak dan juga 2 sudu majerin. Gambar menunjukkan bancuhan untuk 2 kilo tepung. Panaskan minyak dan biarkan sehingga marjerin cair. Tuangkan marjerin tadi ke dalam tepung dan gaulkan dengan menggunakan sudu atau senduk.Hati-hati semasa menuang marjerin kerana masih panas.

resepi karipap rangup
Marjerin dicairkan

2. Tepung

Anda boleh menggunakan tepung gandum yang biasa anda guna.

 resepi karipap
Tepung gandum

3. Sukatan Air

Gunakan Air pada sukatan 350ml untuk setiap kilo tepung gandum.

cara buat karipap rangup
Cawan untuk menyukat air

4. Guna Air Kapur

Inilah rahsia utama untuk membuatkan karipap rangup hingga ke petang.Air rendaman kapur makan yang jernih seperti dalam gambar. sukatannya adalah 2 sudu makan air kapur untuk setiap kilo tepung.

Air Kapur

5. Cara Membuat

Masukkan air kapur ke dalam tepung yang telah digaulkan dengan marjerin tadi. Uli sehingga sebati dan menjadi doh. Jangan risau kalau doh anda tidak licin. Asalkan sebati. Setelah siap masukkan ke dalam plastik atau tutup supaya tidak terdedah kepada angin.

Masukkan doh ke dalam plastik

4 jam kemudian bolehlah anda membuat karipap. Tujuan dibiarkan selama 4 jam adalah untuk doh lembut dan nampak berminyak.

Karipap yang sedang digoreng dan yang telah siap

Kalau nk buat frozen goreng separuh masak sahaja.

Nota: Inti karipap tidak disertakan. Lain orang lain caranya membuat kuih muih.

Selamat mencuba.

Resepi Lain – Cara Buat Apam Nasi Yang Gebu dan Sedap

Written by Admin

Saya lelaki biasa yang ada perlindungan takaful dan insurans. Suka travel seperti orang lain. Pernah naik flight untuk travel seperti Air Asia, Malindo, Malaysia Airlines, Fire Fly, Scoot, Singapore Airlines, Qantas, Thai Airways, British dan sebagainya. Makan juga nasi, KFC, Mc Donalds, Burger Kings. Minat forex tapi tak pandai. Sikit duit dalam simpanan akaun di Maybank, CIMB Bank, Hong Leong Bank dan AmBank. Membeli belah dengan kemudahan AEON Cards.

Perintah Berkurung Untuk Remaja

Kelantan Melaksanakan Perintah Berkurung Kepada Remaja Di Waktu Malam?

Bahaya Kalori Berlebihan atau Berkurangan Dalam Tubuh

Bahaya Kalori Berlebihan & Berkurangan Dalam Tubuh