in ,

Kat Rumah Banyak Semut? Wanita Ini Kongsi Cara Halau Semut Dengan Semburan DIY Yang Sangat Berkesan

Setiap pemilik rumah pasti akan rungsing sekiranya kehadiran ribuan serangga memenuhi ruang rumah. Apakan tidak serangga seperti semut dan lalat bukan sahaja merosakkan makanan malah turut membahayakan anak kecil kita yang terdedah dengan serangga sebegini yang boleh mengigit mereka selain akan mendatangkan penyakit seperti lalat.

Semut bekerjasama dalam tugasan
Semangat kerjasama antara semut membolehkan mereka mengumpulkan makanan dengan cepat.

Pada zaman sekarang, ramai di antara sangat mementingkan kebersihan sehingga sanggup melakukan apa sahaja demi membasmi dan menghalau serangga seperti semut. Malahan, berbagai petua dilakukan sehingga sanggup membelanjakan ratusan ringgit hanya kerana serangga di rumah.

Seorang wanita pengguna Facebook, Yatie Eimra telah berkongsi idea yang sangat bernas dan berguna kepada sesiapa sahaja dalam usaha untuk menangani permasalahan semut di kediamannya. Perkongsian beliau telah menarik perhatian ramai kerana ideanya itu dipercayai menjadi dan bermanfaat.

Semut
Semut wujud dalam berbagai jenis dan warna

“Stres kalau rumah banyak semut ni.. Pantang ada minuman manis/makanan tumpah, kompem berduyun datang. Ada anak kecik tau² la, ada je tumpah makanan die kat memane.”

“Geram betul sebab sampai ke bekas susu anak pun semut hurung. Tu belum lagi part merayap atas badan & menggigit masa si kecik ni tido.”

“Kebetulan rumah memang dekat gak dengan tempat buang sampah. Macam mana jaga pun, semut tetap gak masuk. Kekadang masuk dari rekahan² kecik kat dinding², kekadang ikut tingkap dapur, dari balkoni bagai.”

“Ada yang kata tak boleh bunuh semut. Tapi pernah dengar ceramah ustaz, yang tak boleh tu kalau kita sengaja bunuh/gi bakar sarang semut yang takde kena mengena dengan kita.”

Semut Sedang Bekerja Secara Berkumpulan
Gambar Hiasan

“Tapi dibolehkan bunuh semut kalau sampai dah mengganggu manusia (masuk rumah, hurung makanan & menggigit). Camtu jugak kalau semut merosakkan tanam-tanaman sampai buah/hasilnya terjejas.”

“Biasanya kalau kat luar rumah, saya guna racun serangga je. Tapi jarang spray kat dalam rumah sebab ada anak kecik.”

“Guna racun serangga organik untuk spray dalam rumah tapi semut tak mati pulak. Spray serai wangi pun tak berkesan.”

“Sebelum ni pernah guna beberapa petua halau semut, tapi semuanya mengecewakan. Huhu.. Yela, petua tu dah terang² nak halau je bukan membunuh semut.”

“Memanglah semut tak ikut laluan tu, tapi die buat jalan baru pulak. Dah tu semut makin banyak.”

Fakta Tentang Semut Yang Anda Wajib Tahu!

semut merah
Semut sangat sensitif kepada benda-benda manis
  • Semut dapat mengesan bau apa-apa manisan termasuk gula walaupun di tempat yang telah dibersihkan.
  • Semut menghasilkan bahan kimia semasa berjalan supaya dapat pulang semula ke sarang mereka.
  • Semut sering mencari kawasan baru, kawasan punca makanan. Jika anda tidak menangani mereka ketika itu masalah boleh menjadi lebih serius.
  • Dalam sebuah sarang semut, kadang-kadang boleh ada lebih daripada satu koloni semut. Kalau guna racun jenis serbuk jangan terkejut jika muncul pula semut spesis lain.
  • Apa yang penting semut akan bertambah semakin banyak jika tidak dikawal. Semut akan mula mencari sarang baru jika populasi dan ratu-ratu mereka semakin banyak. Ketika ini anda mengalami masalah yang benar-benar kritikal kerana bukan mudah untuk menghalau mereka di serata rumah.

Jadi untuk menangani masalah semut, semburan DIY boleh digunakan. Semburan tersebut bukan sahaja mudah dibuat malah selamat digunakan walaupun bagi yang memiliki anak kecil.

Cara menghasilkan semburan semut di rumah;

Cara membancuh
Gambarajah 1

Sediakan bahan-bahan seperti di bawah;

  1. ¼ cawan cuka putih
  2. 1¼ cawan air paip
  3. 1-2 sudu makan sabun pencuci pinggan

Campurkan semua bahan dan masukkan ke dalam botol semburan. Tiada sukatan tetap atau khusus untuk menghasilkan semburan.

Tetapi perlu anda ketahui bahawa cuka yang berlebihan boleh merosakan perabot dan cat di dinding. Semburan yang terlalu cair pula mungkin tidak berkesan dan jika anda terlebih sabun lantai atau kawasan semut akan menjadi licin apabila sudah kering.

Jadi sukatan ideal yang boleh dilakukan ialah: 5 bahagian air. Sabun dalam 25%-30% daripada kuantiti cuka yang digunakan.

Anda juga perlu tahu bahawa sabun mandi mungkin lebih wangi tetapi tidak begitu berkesan untuk menanggalkan kesan minyak.

Kegunaan semburan ini:

Hasil dari semburan
Gambarajah 2

1. Sebagai penghalau serangga. Larutan ini bukan sahaja boleh membunuh nyamuk, lalat dan semut tetapi dapat menghilangkan bahan kimia yang dihasilkan semut. Adalah lebih baik jika semburan dilakukan dengan kerap.

2. Membersihkan sisa makanan yang tumpah. Cuka boleh menghilangkan bau ‘manis’ gula, gabungan cuka dan sabun dapat menanggalkan minyak.

3. Boleh juga dijadikan pencuci dapur selepas memasak.

4. Bersihkan kulat/kulapuk pada dinding/perabot.

5. Sembur secara konsisten untuk menghapuskan rumput liar di halaman rumah. Untuk kesan yang lebih cepat, tambah sukatan cuka ½ cawan lagi tetapi jika terlalu pekat boleh membuatkan tanaman mati.

6. Boleh juga digunakan untuk mengemop lantai. Boleh cairkan lagi dengan tambah 5 lagi bahagian air. Boleh tambah pencuci lantai untuk mendapatkan bau yang wangi. Gandakan sukatan untuk kuantiti yang banyak dan air panas juga boleh digunakan untuk mendapatkan kesan yang lebih efektif.

Semoga bermanfaat dan dapat membantu mereka yang sedang berhadapan dengan masalah serangan semut yang semakin ketara di kawasan rumah. Selamat mencuba!

10 Makanan dan Minuman Yang Merosakkan Gigi

10 Makanan Dan Minuman Yang Boleh Merosakkan Gigi

Betul Ke Jangan Bagi Anak Seawal Usia 7 Tahun Minum Milo?