in

Keberanian Seorang Wanita Menunjuk Isyarat Jari Tengah Kepada Presiden Trump Membawa Padah.

New York Time melaporkan seorang jurugambar berjaya mengambil photo seorang wanita yang sedang mengayuh basikal sambil menunjukkan jari tengah ke arah konvoi Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.

Photo: irishtimes.com

wanita itu bernama Juli Briskman, bekerja di sebuah syarikat kontrak sebagai penganalisis pasaran di Akima. Pada 31 Oktober 2017, beliau telah dipanggil untuk bertemu dengan pegawai dan dua eksekutif syarikat tempat beliau bekerja selepas tindakan itu tersebar secara meluas dalam media sosial. Selepas perjumpaan itu beliau secara rasmi telah hilang pekerjaannya.

Respon Briskman selepas dibuang kerja adalah meniru kata-kata pegawai syarikat terbabit seperti berikut:

“Kami memilih untuk berpisah dengan kamu,” katanya

Menurut syarikat itu, Briskman dianggap melanggar kod etika dengan melakukan perbuatan dianggap ‘jahat’ sekaligus membuatkan pihak atasan syarikat terbabit bimbang kerana syarikat itu mempunyai kontrak dengan kerajaan.Jabatan Sumber Manusia syarikat itu meminta wanita tersebut untuk mengundur diri.

“Ia adalah peletakan jawatan secara paksa, saya terkejut kerana saya tidak melihatnya sebagai perbuatan lucah,” kata Briksman.

KECEWA DENGAN TRUMP

Ketika kejadian, wanita tersebut melalui jalan yang sama dengan konvoi Trump yang baru saja meninggalkan kelab golf di Sterling, Virginia. Kira-kira enam kereta bergerak perlahan melewatinya.

Dia menyatakan kecewa dengan beberapa polisi Trump, termasuk insurans kesihatan dan pengusiran.

“Saya kecewa. Saya mengangkat tangan saya dan menujukannya kepada kumpulan Trump,” katanya.

“Kamu bermain golf, tetapi ada banyak perkara yang perlu diurus sekarang,” katanya.

Briskman terus menunjukkan isyarat jarinya ketika dia bertemu dengan konvoi yang bergerak perlahan berhampiran lampu isyarat. Wanita berusia 50 tahun itu menatap lelaki itu di dalam kereta yang dia fikir adalah pengawal Trump.

“Saya tidak nampak Trump, tetapi dia sasaran saya,” katanya.

Foto yang diambil oleh media tersebut telah dimuat naik oleh Ketua Divisyen Rumah Putih untuk Voice of America Steve Herman di akaun Twitternya dengan pertanyaan, “Siapa ini?”

Keesokan harinya, Briskman melihat foto dirinya tersebar melalui kumpulan facebook anti-Trump. Kemudian, dia membalas pertanyaan Herman dan mengaku bahawa dia adalah wanita dalam foto itu.

Sumber: laicikang

Written by Admin

Saya orang biasa yang ada perlindungan takaful dan insurans. Suka travel seperti orang lain. Pernah naik flight untuk travel seperti Air Asia, Malindo, Malaysia Airlines dan Fire Fly. Nak cuba juga naik Scoot, Singapore Airlines, Qantas, Thai Airways, British dan sebagainya namun belum ada rezeki. Selain nasi sebagai makanan utama suka juga makan KFC, Mc Donalds dan sesekali Burger Kings. Minat bermain forex tapi tak pandai. Mempunyai akaun simpanan seperti Maybank, CIMB Bank, Hong Leong Bank dan AmBank tetapi duit belum tentu ada. Membeli belah dengan kemudahan kad debit. Tak pernah cuba kad kredit atau lain-lain kad.

REZEKI

10 Ciri Isteri Yang Menyebabkan Suami Murah Rezeki

Anak Melayu Kebanggaan Negara. Pemilik Syarikat Inovasi dan Pencipta Kenderaan Tanpa Pemandu