in ,

Tugasan Pertama Jurulatih Baru, Kelantan United FC Tewas Lagi

Kelantan United FC

Kelantan United FC tewas lagi, kali ini dengan Sarawak United dengan keputusan 1-2 pula semalam. Dengan kekalahan ini, hasrat jurulatih barunya, Nazrulerwan Makmur untuk memulakan tugasan dengan langkah kanan tidak kesampaian.

Kelantan United FC Tewas Lagi

Sarawak United berjaya melakar kemenangan dengan kedua-dua gol mereka dijaringkan pada di awal babak pertama menerusi Amri Yahyah dan Patrick Ronaldinho Wleh.

Walaupun Kelantan United FC berjaya memperolehi sepakan pinalti, namun jaringan penalti menerusi Gassama Alfusainey tidak memadai untuk Kelantan United menyekat Sarawak United daripada melakar kemenangan.

Kelantan United FC
Nazrulerwan Makmur. Foto: KUFC

Keputusan ini merupakan kekalahan yang keempat berturut-turut bagi Kelantan United FC dalam saingan Liga Premier. Kekalahan ini juga menyaksikan mereka kekal dengan sembilan mata yang diraih dengan cemerlang sebelum Liga Malaysia ditangguhkan pada bulan Mac lalu.

“Saya berpuas hati dengan pemain, mereka menunjukkan permainan yang baik.

“Memang kita faham pada akhirnya keputusan yang memberi impak, apa yang kita boleh harapkan, saya datang dua hari, tiga hari training bersama pemain tetapi pemain memberi 100 peratus, saya cukup bangga dengan pemain saya,” kata Nazrulerwan.

Nazrulerwan dilantik sebagai pengganti Zahasmi Ismail yang direhatkan susulan tiga kekalahan berturut-turut dialami pasukan itu kepada JDT II, Kuala Lumpur dan UKM FC sebelum ini.

Sebelum ini, tindakan pengurusan KUFC menamatkan khidmat Zahasmi Ismail mendapat kritikan dari penyokong Kelantan United FC. Mereka beranggapan ia merupakan keputusan yang terburu-buru.

Sebelum ini, pada satu ketika Zahasmi berjaya memacu KUFC menduduki tangga kedua Liga Premier dan rata-rata berpendapat adalah tidak adil pihak pengurusan menilai prestasinya hanya berdasarkan kepada tiga perlawanan terakhir.

Kini dengan sasaran layak ke Liga Super bolehlah dikatakan sudah tertutup berdasarkan prestasi semasa yang buruk ini, Kelantan United perlu segera bangkit jika tidak mahu tiket beraksi di Piala Malaysia juga terlepas.

Kelantan United tetap boleh melayakkan diri ke Piala Malaysia 2020 jika menamatkan musim di tangga lapan teratas. Syaratnya adalah tiga pasukan feeder iaitu Terengganu FC II, JDT II dan Selangor II kekal berada di kedudukan lebih tinggi daripada mereka sehingga akhir musim.

Kelantan united akan mengharungi tiga aksi terakhir bertemu dengan pasukan Terengganu FC II (27 September), Pulau Pinang (2 Oktober) dan Selangor II (9 Oktober).

Sumber: Sporkick23

Baca: Jurulatih Kedah Harap Pemain Fokus, Jangan Terlalu Filir Untuk Mengejar JDT di Persada Liga

Pertukaran jurulatih sudah dibuat, semoga KUFC berjaya mencapai keputusan yang lebih baik selepas ini bagi mengembalikan keyakinan penyokong mereka.

Written by Admin

Saya orang biasa yang ada perlindungan takaful dan insurans. Suka travel seperti orang lain. Pernah naik flight untuk travel seperti Air Asia, Malindo, Malaysia Airlines dan Fire Fly. Nak cuba juga naik Scoot, Singapore Airlines, Qantas, Thai Airways, British dan sebagainya namun belum ada rezeki. Selain nasi sebagai makanan utama suka juga makan KFC, Mc Donalds dan sesekali Burger Kings. Minat bermain forex tapi tak pandai. Mempunyai akaun simpanan seperti Maybank, CIMB Bank, Hong Leong Bank dan AmBank tetapi duit belum tentu ada. Membeli belah dengan kemudahan kad debit. Tak pernah cuba kad kredit atau lain-lain kad.

Isu sumareh

Isu Sumareh dan PBNP, FAM Tunggu Keputusan FIFA

SUMAREH

TMJ Dedahkan Kontrak Sumareh Ke Selangor Dengan Gaji RM70,000