in , ,

Kelebihan Solat Subuh Berjemaah

Solat subuh jika dilihat sangat sedikit mereka yang pergi ke masjid berjemaah. Islam memerintahkan umatnya agar menunaikan solat 5 waktu secara berjemaah. Kenapa perlu berjemaah? Kerana terlalu banyak dan besarnya fadhilat-fadhilatnya.

Rasulullah SAW bersabda,

“Sesiapa yang bersolat subuh (pada waktunya secara berjemaah) maka dia berada dalam jaminan (keamanan dan perjanjian (Allah dengan itu janganlah sampai Allah menuntut sesuatu kepada kamu daripada jaminan (perjanjian).

(Jangan sampai kamu meninggalkan solat subuh) kerana sesungguhnya sesiapa yang dituntut oleh Allah daripada suatu jaminannya (perjanjiannya) tentu akan tercapai (berlaku), kemudian Allah menyembahkan mukanya ke dalam api neraka”. – HR Jundub bin Abdullah RA.

Solat Subuh Berjemaah
Solat Subuh Berjemaah biasanya tidak memenuhi masjid atau surau.

HURAIAN:

1. Orang Islam diperintahkan agar menunaikan solat 5 waktu secara berjemaah kerana terdapat fadhilat-fadhilat yang khusus dan banyak.

2. Orang-orang yang menunaikan solat 5 waktu khususnya solat subuh secara berjemaah, maka dia tetap berada dalam tanggungjawab (jaminan) Allah SWT sepanjang hari.

3. Sesiapa yang menghalang atau membuat aniaya seseorang daripada melakukan badah, nescaya dia akan diazab oleh Allah SWT dengan dilemparkan ke dalam api neraka jahannam.

4. Dikhususkan kepada solat subuh dengan kelebihan ini kerana solat subuh dilihat lebih berat daripada solat-solat yang lain. Ini disebabkan waktu subuh adalah waktu manusia sedang nyenyak tidur. Apabila musim sejuk maka sukarlah untuk mengambil wudhuk. Bagi mereka yang bekerja pula waktu subuh adalah masa mereka membuat persiapan untuk keluar bekerja.

6. Sesiapa yang meninggalkan solat subuh maka terbatallah tanggungjawab (jaminan) yang diberikan Allah kepada hamba berkenaan.

BACA JUGA: Jangan Tinggalkan 2 Amalan Sunnah Ini Selepas Solat Subuh

Kelebihan solat subuh berjemaah
Gambar Hiasan

7. Dari Abi Hurairah RA berkata, bahawa Rasulullah SAW bersabda,

”Tidak ada solat yang lebih berat buat orang-orang munafik dari solat Isyak dan solat Subuh. Seandainya mereka tahu keutamaan keduanya, pastilah mereka akan mendatanginya meski dengan merangkak”. -HR Bukhari dan Muslim

8. Sebagaimana disebutkan dalam hadis yang diriwayatkan oleh Tirmidzi, Abu Daud, Ahmad dan Ibnu Majah, Rasulullah SAW mendoakan umatnya yang bergegas dalam melaksanakan solat Subuh :

“Ya Allah, berkatilah umatku selama mereka suka bangun subuh (iaitu mengerjakannya)”

9. Allah S.W.T. berfirman maksudnya:

“Dan bersabarlah kamu bersama-sama dengan orang-orang yang menyeru Tuhannya di pagi dan senja hari dengan mengharapkan keredhaan-Nya, dan janganlah kedua-dua matamu berpaling daripada mereka kerana mengharapkan perhiasan duniawi, dan janganlah kamu mengikuti orang yang hatinya sudah Kami lalaikan daripada mengingati Kami, serta menuruti hawa nafsunya dan adalah keadaannya itu melampaui batas.” (Surah Al-Kahfi ayat : 28)

Semoga kita terus istiqomah

kelebihan membaca bismillah

Kelebihan Membaca Bismillah…

Jamal akan serah diri jika

Datuk Seri Jamal Akan Serah Diri Pada Polis Dengan Syarat……