in , ,

5 Kelebihan Jika Berkahwin Dengan Janda Atau Duda

berkahwin dengan janda

Ramai yang mempunyai anggapan buruk pada jika seseorang itu ingin berkahwin dengan janda atau duda. Namun sebenarnya tidak menjadi kesalahan untuk kita cuba mengenali mereka yang pernah gagal dalam mengharungi alam rumahtangga.

Semua pasangan yang sudah berkahwin memang berharap agar perkahwinan mereka akan kekal sehingga ke akhir hayat. Tapi, kadang kala apa yang kita diharapkan tidak kesampaian dan hubungan pasti berakhir dengan perpisahan.

Kelebihan Jika Berkahwin Dengan Janda Atau Duda

kahwin janda atau duda
Cuba mengenali Duda atau Janda terlebih dahulu

Baca Juga – 10 Ciri Lelaki Yang Perlu Dielak Dari Menjadi Suami

Berikut adalah antara kebaikan dan kelebihan berkahwin dengan janda atau duda.

Lebih Berpengalaman

Walaupun mereka pernah mengalami kegagalan sebelum ini, namun mereka lebih berpengalaman dalam menempuh alam perkahwinan. Jadi mereka juga akan menjadi lebih hati-hati dalam suatu perhubungan yang baru kerana mereka tidak mahu “pisang berbuah dua kali”.

Menghargai Sebuah Perhubungan

Walaupun pernah bercerai, itu tidak bermakna mereka tidak menghargai pasangan. Mereka akan lebih berhati-hati dan lebih menghargai hubungan yang baru terjalin. Apa yang pastinya, pengalaman lalu itu banyak mengajar mereka.

kelebihan kahwini janda atau duda
Hargailah pasangan anda semoga ianya menjadi pemangkin kepada kebahagiaan dalam berumahtangga

Mereka Tahu Apa Yang “Perlu” Dan ” Tidak Perlu” Dalam Perhubungan

Kegagalan sebelum ini sudah banyak mengajar mereka. Jadi, mereka lebih tahu perkara baik dan buruk dalam perhubungan. Lebih penting lagi, mereka tahu bagaimana untuk elakkan diri dari masalah dan kesilapan lalu yang boleh menghancurkan perkahwinan.

Pentingnya Komunikasi

Mereka yang pernah gagal dalam perkahwinan, tahu betapa pentingnya berkomunikasi, keterbukaan dan kepercayaan antara satu sama lain. Ketiga-tiga perkara tersebut merupakan kunci utama hubungan menjadi bahagia.

Persefahaman sangat penting bagi mengekalkan keharmonian suami isteri

Hidup Dalam Kehidupan Nyata

Alam perkahwinan tidak akan pernah sama seperti dalam drama. Mereka yang pernah bercerai sahaja tahu bahawa sebuah perkahwinan perlu dipertahankan dan pastikan ego tidak menguasai diri. Jadi, anda dianggap bertuah jika berkahwin dengan lelaki duda dan wanita janda.

Oleh itu jika anda ingin kahwin janda atau duda, seharusnya anda hendaklah pandai menghargai pasangan kita. Pentingnya kepercayaan antara satu sama lain untuk mengekalkan keharmonian rumahtangga.

Baca Juga – Ciri-Ciri Wanita Untuk Dijadikan Calon Isteri Menurut Islam

Itulah serba sedikit huraian tentang kelebihan berkahwin dengan janda atau duda. Apa komen anda semua? Komen atau Share ye.

Sumber: leav.my

Written by Admin

Saya orang biasa sahaja namun berminat dalam bidang penulisan. Hanya menulis jika ada kelapangan.

Rahsia Memiliki Pinggang Ramping dan Perut Kempis

Wanita Bijak Susah Mendapat Jodoh

Kenapa Wanita Bijak Susah Mendapat Jodoh? Mungkin Di Sini Adalah Jawapannya.