in ,

Kelebihan Letak Ais di Titik Feng Fu Mampu Menghilang Stress, Migrain & Lancarkan Kitaran Haid

kelebihan letak ais di titik Feng Fu

Ini adalah sedikit perkongsian ilmu utk manfaat kita bersama berkaitan kelebihan letak ais di titik Feng Fu. Tahukah Anda, di tubuh manusia terdapat satu titik, yang mana jika ditekapkan dengan ketul ais selama beberapa saat, berupaya memberi impak positif terhadap kesihatan kita.

Dengan izin Allah, jika anda berusaha dan mencuba, teknik ini dapat mengatasi masalah sakit kepala seperti migrain dengan berkesan dan cepat. Tubuh kita juga akan bertenaga dan terasa ringan. Cubalah menggunakan kelebihan letak ais di titik Feng Fu.

Migrain membataskan aktiviti anda. Cubalah merawat dengan kaedah menempelkan ais di titik Feng Fu

Kelebihan Letak Ais di Titik Feng Fu

Menurut Asma Haniey yang membuat perkongsian di laman facebooknya tentang terapi ini, jika diamalkan secara berkala dipercayai membantu untuk mengekalkan keremajaan tubuh dan kelihatan awet muda.

Tempat tersebut ialah titik tekanan yang terletak di dasar tengkorak iaitu di kawasan atas leher. Mudah untuk faham adalah titik apabila leher dan kepala bercantum.

Titik tersebut dikenali sebagai Feng Fu, yang bermaksud RUMAH ANGIN dalam ilmu akupunktur Cina.

titik feng fu hoax
Kedudukan TITIK FENG FU

Menurut rawatan tradisional Cina, meletakkan ais pada titik Feng Fu bukan lah untuk mengubati penyakit tetapi mengembalikan keseimbangan fisiologis semula jadi. Ia juga mampu memberikan stimulasi emosional yang positif dan meremajakan seluruh tubuh.

Apabila anda meletakkan ais pada Titik Feng Fu, anda akan dapat merasakan satu keajaiban. Anda boleh mencuba untuk melakukan terapi tersebut terutama ketika badan terasa letih atau kepala terasa pening.

Selepas itu anda dapat merasakan badan anda akan menjadi lebih ringan, lebih bertenaga manakala perasaan letih atau rasa pening akan hilang.

Difahamkan beberapa orang yang mempunyai masalah migrain mengakui terapi ini lebih efektif untuk mengatasi migrain jika dibandingkan dengan pengambilan ubat-ubatan.

Cuba kaedah ini dengan mengurangkan pengambilan ubat

Terapi ini juga mampu meningkat mood dan membangkitkan perasaan segar. Ini kerana teknik ini menstimulasi pelepasan endorfin dalam aliran darah.

Bagaimana Nak Buat?

Mudah sahaja untuk melakukan teknik ini. Anda hanya perlu tekapkan ais pada titik Feng Fu selama 10 hingga 20 minit.

Pada mulanya mungkin anda merasa tidak selesa kerana terlalu sejuk dalam masa 30 ke 40 saat. Namun selepas itu perlahan-lahan titik tersebut akan menjadi hangat.

titik feng fu es batu
Tempelkan air batu di titik Feng Fu dalam masa 10 ke 20 minit

Kelebihan Letak Ais di Titik Fung Fu dan Khasiatnya

1. Mengatasi masalah sakit kepala, migrain dan asma.
2. Meringankan sakit gigi dan sakit sendi.
3. Mengatasi stres, gangguan psiko-emosiol, keletihan dan insomnia.
4. Menghindar keletihan dan meningkatkan tenaga dan mencipta kesan rileks.
5. Meningkatkan kualiti tidur anda.
6. Membaiki sistem penafasan dan sistem kardiovaskular.
7. Membaiki sistem pencernaan dan menyembuhkan radang saluran usus.
8. Mencegah daripada kerap bersin dan hidung berair.
9. Mengatasi gangguan neurologi dan perubahan degeneratif pada tulang belakang.
10. Mengatasi kegemukkan dan masalah pemakanan.
11. Mengatasi gangguan kelenjar tiroid;
12. Membantu masalah arthritis, hipertensi dan hipotensi.
13. Menghilangkan selulit.
14. Mengatasi masalah kitaran haid, kemandulan, endokrin, dan kesuburan.

Jika anda kerap bersin dan hidung berair, cubalah kaedah ini

Nampak luar biasa sekali bukan? Namun teknik terapi Feng Fu ini masih asing kepada masyarakat kita. Oleh itu, apa salahnya jika anda kongsikan dengan orang lain. Insya-Allah ramai juga yang akan mencuba benda mudah ini akan mendapat manfaat.

TONTON JUGA VIDEO

Semoga kita mampu sama-sama menjaga kesihatan kita. Jika kita sihat, mudah untuk kita beribadat dengan lebih khusyuk. Wallahu a’lam

Terim kasih kepada saudari Asma Hanniey yang berkongsi ilmu tentang kelebihan letak ais di titik Feng Fu yang dilihat sangat bermanfaat ini. Terima kasihjuga  kepada anda kerana memberi sokongan kepada Page Suka Viral.

Written by Admin

Saya lelaki biasa yang ada perlindungan takaful dan insurans. Suka travel seperti orang lain. Pernah naik flight untuk travel seperti Air Asia, Malindo, Malaysia Airlines, Fire Fly, Scoot, Singapore Airlines, Qantas, Thai Airways, British dan sebagainya. Makan juga nasi, KFC, Mc Donalds, Burger Kings. Minat forex tapi tak pandai. Sikit duit dalam simpanan akaun di Maybank, CIMB Bank, Hong Leong Bank dan AmBank. Membeli belah dengan kemudahan AEON Cards.

cara buat keropok lekor

Cara Buat Keropok Lekor. Mudah Sangat Ingatkan Susah!

dr zulkifli

Dr Zulkifli Dah Tegur – Takkan Jam 4 Petang Masih Makan?