Kelebihan Membaca 3 Qul Sebelum Tidur. Rugi Kalau Tak Amal Benda Semudah Ini.

Assalamualaikum W.B.T

Kebanyakan orang Islam tahu apa yang dimaksudkan membaca 3 Qul. Ianya bermaksud membaca surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Naas. Amalkan membaca ketiga-tiga surah tersebut sebanyak 3 kali sebelum tidur kerana amalan ini mampu:

  • Menolak gangguan jin
  • Menolak gangguan syaitan
  • Menghindarkan dari terkena sihir
  • Menghindarkan penyakit was-was
  • Menghindar dari segala kejahatan
  • Menghindar dari perkara-perkara buruk
Khasiat membaca surah 3 qul
Surah Al Ikhlas

CARA-CARANYA

Ketika berada di tempat tidur, dalam keadaan duduk, sambil menadah tangan, baca surah 3 Qul dimulai dengan surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Naas sehingga habis.

Selepas membaca ketiga-tiga surah tersebut, hembus pada tapak tangan dan sapu muka dan seluruh badan, tangan dan kaki. Ulang sebanyak tiga kali.

Kelebihan membaca surah 3 qul sebelum tidur
Surah An Nas

Jika anak-anak anda masih kecil, Ibu atau bapa boleh sahaja membaca surah tersebut, hembus pada tapak tangan dan kemudian sapukan pada keseluruh badan anak.

“Nabi SAW ketika berada di tempat tidur pada setiap malam, Baginda mengumpulkan kedua telapak tangannya lalu ditiup dan dibacakan ’Qul huwallahu ahad’ (surah Al-Ikhlas), ’Qul a’udzu birobbil falaq’ (surah Al-Falaq) dan ’Qul a’udzu birobbin naas’ (surah An-Naas).

Kemudian Baginda mengusapkan kedua telapak tangan tadi pada anggota tubuh yang mampu dijangkau dimulai dari kepala, wajah, dan tubuh bahagian depan. Baginda melakukan yang demikian sebanyak tiga kali.”

Baca Surah 3 Qul Sebelum Tidur
Surah Al Falaq

–  HR BUKHARI

Sumber: Tarbiahislam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *