in , ,

Kelebihan Membaca Bismillah…

kelebihan membaca bismillah

Mari kita berkongsi tentang kelebihan bacaan Bismillah. Bacaan ini kalau kita rajin amalkan, cukup besar fadhilatnya. Cerita in idiambil dari tulisan Ustaz Md Rosdi Hasan di dalam facebooknya.

Katanya, kalimah ini sangat pendek dan semua orang boleh baca. Ianya sangat senang diamalkan dan mudah difahami.

Jika doa-doa yang panjang mungkin agak sukar untuk kita menghafalnya. Jadi di sini dia sarankan agar kita kongsikan amalan yang mudah bacaannya kepada umum.

Dalam bahasa melayu maknanya ialah:

“Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani”.

Ayat ini merupakan doa asas dalam semua permulaan perkerjaan atau perbuatan yang hendak kita lakukan.

Jika dapat kita menyatukan perkataan ini dalam hati, kita akan merasa rendah diri daripada ego yang ada kerana kita bersifat hamba yang lemah dan sentiasa memerlukan rahmat dari Allah untuk diberi belas ikhsan dalam apa sahaja pekerjaan / perbuatan kita di dunia ini.

Mari kita lihat apa fadhilat amalan membaca bismillah.

kalimah bismillah
Bismillah bukan sekadar hiasan dinding, tetapi hendaklah dihias dari dalam hati.

KELEBIHAN MEMBACA BISMILLAH…

1). Jika seluruh keluarga kita membaca kalimat ini sebanyak 21 kali sebelum tidur setiap hari, inysaallah, Allah tidak akan izinkan sebarang pencuri serta orang jahat untuk mengganggu keluarga kita pada setiap waktu, miskipun sebarang penyakit untuk menyerang kita.

2). Kalau dibaca kalimat ini sebanyak 786 kali pada segelas air putih pada waktu malam, kemudiannya pada ketika matahari terbit, air tadi diberi minum kepada anak, inysaallah otak anak kita akan menjadi cergas (lakukan seminggu sekali).

3). Kalau dibaca huruf kalimat ini sebanyak huruf 786 kali pada mangkuk atau pinggan air lalu diberi minum kepada orang yang dikasihinya, maka dengan izin Allah orang itu akan mencintainya.

4). Kalau dibacakan kalimat ini sebanyak 50 kali ketika hendak bertemu dengan orang yang zalim maka orang yang zalim itu akan merasa gentar dan malu.

5). Kalau dituliskan kalimat ini sebanyak 101 kali pada kain putih atau kertas putih lalu dimasukkan ke dalam botol yang bersih, lalu ditutup kemudian ditanam di tengah ladang atau sawah, Insyaallah tanamannya akan selamat daripada haiwan dan manusia yang ingin merosakkan tanaman kita ataupun mencuri.

Padi
Gambar Hiasan – Tanaman yang subur.

Jika anda mengamalkannya dan tidak terjadi seperti yang tercatat, mungkin Allah belum mengizinkannya. Lakukan dengan istiqomah, insyaallah.

Cara Elak Telefon Pintar Terbakar dan Meletup

Tip Mengurangkan Risiko Telefon Bimbit Terbakar dan Meletup

Kelebihan Solat Subuh Berjemaah