in

Kelebihan Membaca Surah Al Insyirah Sebagai Amalan Dalam Kehidupan Seharian. Subhanallah!

Kelebihan membaca surah al-insyirah

Setiap muslim mula mengenali surah-surah Al-Quran sejak kecil lagi. Bermula dengan Alif Ba Ta seterusnya membaca muqaddam dan Al Quran secara berperingkat. Surah Al-Insyirah juga tidak ketinggalan disamping surah-surah yang lain. Pada masa itu kita tidak mengetahui kelebihan membaca surah al Insyirah ini.

Surah Al-Insyirah adalah seperti di bawah:

Surah Al-Insyirah

KELEBIHAN MEMBACA SURAH AL INSYIRAH

Sebelum pergi dengan lebih lanjut tentang kelebihan membaca surah al Insyirah sebagai amalan dalam kehidupan seharian kita, mari kita membaca dahulu beberapa tajuk kecil yang lain berkaitan dengan surah ini.

Terjemahan Surah Al-Insyirah

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Bukankah kami telah melapangkan bagimu, Dadamu (wahai Muhammad dengan mengisi petunjuk dan hidayah) dan Kami telah meringankan daripadamu : Bebanmu (menyiarkan Islam) Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan pelbagai kemudahan dalam melaksanakannya)
dan Kami telah meninggikan bagimu : sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)

Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh) maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain) dan kepada Tuhanmu saja tempat engkau memohon. (apa yang engkau gemar dan ingini).

Keterangan Surah Al-Insyirah

Maksud terbuka dada Muhammad ialah senang hatinya dan tenteram jiwanya, kerana telah mendapat wahyu daripada Allah SWT. Sememangnya Nabi Muhammad SAW itu ditinggikan darjatnya oleh Allah sehingga nama baginda sangat mahsyur di seluruh dunia. Setiap kali azan berkumandang, sudah tentu terdengar namanya. Seluruh dunia samada mukmin atau tidak, mereka mengenali Nabi Muhammad.

Bagi orang-orang yang beriman, jika mereka ditimpa sesuatu musibah, mereka akan teringat kepada firman Allah ini, iaitu “Di samping kesusahan ada kesenangan, di samping kesempitan ada kelapangan. Sesudah bala menggoda, di belakangnya nikmat berlipat ganda. Sebab itu ia tidak berduka cita atau berkeluh kesah atas cubaan dari Allah itu. Kerana ia mempunyai kepercayaan, bahawa Allah akan mengganti kesusahan itu dengan kesenangan, jika tidak hari ini mungkin esok hari. Inilah orang yang berhati sabar, yang tidak berputus asa kerana ditimpa satu cubaan melainkan ia terus berusaha untuk mencapai hajatnya. Adapun orang yang tidak beriman kepada Allah, maka ia sangat berkeluh kesah dan berduka cita kerana ditimpa sesuatu bala, kadang-kadabg ia membinasakan dirinya sendiri. Inilah bahayanya jika tidak beriman kepada Allah.

Dan kepada Allah jua, berharaplah!

Baca Juga – Kelebihan Membaca Surah 3 Qul Sebelum Tidur

Kelebihan Membaca Surah Al-Insyirah

1. Sabda Nabi S.A.W yang bermaksud: “Barangsiapa membaca Surah Al-Insyiraah, seperti ia mendatangi aku dan aku mengambil kesempatan maka menjadi suatu kelapangan daripadaku”.

2. Barang siapa membiasakan membaca Surah Al-Insyiraah setelah selesai mengerjakan solat fardhu, nescaya Allah akan permudahkan urusannya serta dimudahkan segala keperluannya dan dimudahkan rezekinya.

3. Barang siapa yang membaca Surah Al-Insyiraah nescaya Allah turut melapangkan dadanya serta dijauhkan daripada segala kesukaran dalam segala urusannya. Dihilangkan segala sifat kesal dan jemu, serta mendatangkan rajin dalam mengerjakan ibadat.

4. Barang siapa membaca Surah Al-Insyiraah sembilan kali sesudah solat fardhu nescaya Allah akan menjauhkan daripada kesempitan hidup dan dimudahkan rezeki dalam segala urusan.

5. Barang siapa membaca Surah Al-Insyiraah jadi wirid pada tiap-tiap lepas sembahyang fardhu, nescaya hilang dukacita nya dan mengurniailah oleh Allah SWT akan rezekinya dengan beberapa banyak.

6. Siapa-siapa sentiasa banyak membaca Surah Al-Insyirah nescaya mudah mendapat rezekinya dan luas fikirannya, senang membuat sesuatu pekerjaan dan hilang daripadanya sifat malas.

7. Barang siapa membaca Surah Al-Insyirah tujuh kali selepas sembahyang, nescaya terlepas daripadanya kesusahan dan dipermudahkan oleh Allah akan rezekinya.

8. Siapa-siapa membaca Surah Al-Insyirah empat puluh kali selepas sembahyang fardhu selama tujuh hari berturut-turut, nescaya dikurniakan oleh Allah kepadanya kekayaan.

Kelebihan Membaca Surah Al Insyirah Dikala Dalam Kesusahan

Barang siapa yang mengalami kesukaran dalam sesuatu pekerjaan, mula-mula sekali sembahyanglah dengan cara yang tersebut di bawah ini, nescaya akan sampai maksudnya. Caranya adalah:

1. Sembahyang sunat dua rakaat.

2. Selepas membaca Surah al-Fatihah setiap rakaat, bacalah mana-mana surah.

3. Selepas bersembahyang, duduk dengan menghadap kiblat dengan tetap bersungguh-sungguh mengingatkan Allah dan baca Surah Al-Insyirah sebanyak bilangan hurufnya. Insya Allah anda akan mengetahui tentang kelebihan membaca surah al Insyirah ini sebagai amalan.

4. Sesudah membaca Surah Al-Insyirah, mintalah, pohonlah apa-apa yang di hajati.

a) Sesiapa yang membaca Surah Al-Insyirah sebanyak 200 kali pada tiap-tiap hari ketika matahari naik (waktu dhuha), nescaya memperlihat oleh Allah SWT kepadanya perkara-perkara yang ajaib.

b) Sesiapa berhajat pada sesuatu perkara, bacalah Surah Al-Insyirah 700 kali atau 1000 kali setiap hari selama ia mengusahakannya, nescaya beroleh apa-apa yang di hajati.

c) Sesiapa yang menulis Surah Al-Insyirah pada suatu bekas dan menghapuskannya dengan air mawar kemudian diminum, nescaya hilang dukacitanya dan terpelihara daripada terkejut.

Semoga dengan sedikit perkongsian tentang kelebihan membaca surah al Insyirah di atas dapat memberikan 1001 manfaat dan kebaikan kepada kita semua. Insya Allah.

Wallahu a’lam

Sumber – Islam Itu Indah

Written by Admin

Saya orang biasa yang ada perlindungan takaful dan insurans. Suka travel seperti orang lain. Pernah naik flight untuk travel seperti Air Asia, Malindo, Malaysia Airlines dan Fire Fly. Nak cuba juga naik Scoot, Singapore Airlines, Qantas, Thai Airways, British dan sebagainya namun belum ada rezeki. Selain nasi sebagai makanan utama suka juga makan KFC, Mc Donalds dan sesekali Burger Kings. Minat bermain forex tapi tak pandai. Mempunyai akaun simpanan seperti Maybank, CIMB Bank, Hong Leong Bank dan AmBank tetapi duit belum tentu ada. Membeli belah dengan kemudahan kad debit. Tak pernah cuba kad kredit atau lain-lain kad.

Petua taugeh sentiasa segar

Petua Taugeh Sentiasa Segar dan Rangup

Dukun Wanita Dakwa Mampu Panggil Malaikat

Dukun Wanita Dakwa Mampu Panggil Malaikat & Nabi, Namun Disangkal Oleh UAS