in

5 Kelebihan Puasa Enam Di Bulan Syawal. Rugi Jika Kita Tak Buat

Kelebihan Puasa Enam Di Bulan Syawal

Abu Ayyub ra meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan lalu diikuti dengan puasa enam hari bulan Syawal, maka pahalanya adalah sama seperti berpuasa sepanjang tahun”. Hadis Riwayat Muslim, Abu Dawud, at-Tirmidzi, an-Nasa’i dan Ibnu Majah.

Abu Ayyub Al-Ansari juga menyebut “puasa enam pahalanya sama seperti puasa penuh setahun, namun dengan syarat kita telah melengkapkan puasa sebulan Ramadhan terlebih dahulu”.

Puasa enam juga bagi melengkapkan kekurangan yang terdapat dalam ibadah puasa wajib pada bulan Ramadan dan melatih manusia supaya tidak melupakan puasa-puasa sunat yang lain.

NIAT PUASA ENAM

Niat puasa sunat
Niat puasa 6 di bulan Syawal

KELEBIHAN PUASA ENAM

PERTAMA

Diberi Ganjaran Pahala Berpuasa Selama Setahun – Rasulullah SAW menjanjikan pengampunan dosa yang lampau jika berpuasa di bulan Ramadhan. Maka jika melengkapkan puasa enam hari dalam bulan Syawal, pahala yang diperolehi pulaa dalah sama seperti berpuasa setahun.

KEDUA

Melengkapkan Kekurangan Ketia Berpuasa Di Bulan Ramadhan – Al-Hafiz Ibnu Rajab berkata, puasa enam hari di bulan Syawal akan melengkapkan kekurangan dan kecacatan yang terdapat sewaktu melaksanakan ibadah puasa di bulan Ramadhan.

Imam Nawawi berpendapat, bagi mencantikkan lagi puasa Ramadhan, seseorang yang lengkap berpuasa pada bulan tersebut perlu menyambung puasanya enam hari di bulan Syawal serta-merta dan berturut-turut setelah merayakan Aidilfitri.

niat puasa enam
Puasa 6 seeloknya dilakukan secara berturut-turut bermula 2 Syawal

KETIGA

Agar Manusia Tidak Lupa Tunaikan Puasa Sunat Yang Lain – Dengan mensyariatkan puasa sunat enam hari dalam bulan Syawal, umat Islam akan lebih terlatih untuk meneruskan puasa-puasa sunat yang lain. Kemungkinan ada yang akan terlupa untuk meneruskan ibadah puasa sunat yang lain setelah menyambut hariraya Aidilfitri.

Puasa sunat enam di bulan Syawal sekurang-kurangnya akan mengingatkan umat Islam untuk terus berpuasa, tidak semata-mata menunggu kedatangan Ramadhan yang akan datang untuk melakukan ibadah puasa.

KEEMPAT

Melatih Diri Agar Bersederhana Dalam Sambutan Aidilfitri – Hariraya Aidilfitri diraikan sebagai tanda kemenangan menempuh Ramadhan yang baru berlalu. Tidak bermakna umat Islam harus meraikannya sehingga sebulan penuh dalam bulan Syawal.

Sebaiknya, puasa sunat enam hari di bulan Syawal akan dimulai pada 2 Syawal secara terus-menerus. Yang demikian menunjukkan kita tidak menyambutnya terlalu berlebihan dan lebih mengutamakan kelebihan dan ganjaran bulan Syawal.

puasa sunat 6 hari bulan syawal
Salah satu tujuan disyariatkan puasa sunat 6 hari di bulan Syawal adalah melatih umat islam bersederhana dalam menyambut aidilfitri

KELIMA

Menyediakan Sistem Pencernaan Yang Sempurna – Setelah berpuasa, kedatangan bulan Syawal mungkin memberi kejutan kepada sistem pencernaan kita apabila kita menikmati berbagai makanan seperti ketupat, lemang, ketupat, rendang dan berbagai jenis kuih-muih.

ibadah puasa enam memberi peluang kepada sistem pencernaan memulakan operasi secara beransur-ansur.

PENUTUP

Melakukan puasa sunat enam pada bulan Syawal adalah keutamaan selepas berpuasa di bulan Ramadhan. Sebaiknya ibadah ini dilakukan dengan kadar segera. Ianya lebih afdal jika dilakukan berterusan dan boleh jika ingin dilakukan berselang-seli.

Firman Allah yang bermaksud:

“Dan bersegeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (ke arah mendapatkan) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa.” – [Surah Ali Imran:133]

waktu niat puasa sunat
Amalan yang baik eloklah disegerakan

PENTING

Bagi kaum wanita yang terpaksa meninggalkan puasa pada bulan Ramadhan kerana datang bulan, sebaiknya menggantikan puasa Ramadhan terlebih dahulu sebelum melakukan puasa enam.

3 Perenggan di bawah dipetik dari AL-KAFI #1275

Sesiapa yang berbuka puasa pada bulan Ramadhan tanpa sebarang keuzuran wajib ke atasnya mengqadhakannya serta merta selepas tamatnya Ramadhan dan selepas selesai hari raya yang pertama. Seseorang itu tidak boleh mendahulukan puasa sunat enam pada bulan Syawal kemudian diekori dengan puasa qadha.

Adapun sekiranya dia tidak berpuasa pada bulan Ramadhan kerana ada keuzuran (yang dibenarkan syarak) maka harus baginya mendahulukan puasa enam pada bulan Syawal daripada puasa qadha kerana qada waktu puasa qadha adalah muwassa`(luas).

Imam as-Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani Rahimahullahu Taala menyebut: “(Dan demikian lagi) orang yang tiada puasa dengan uzur sunat dia berpuasa enam hari sunat syawwal melainkan orang yang berbuka puasa Ramadhan dengan tiada uzur maka wajib ke atasnya menyegerakan menqada Ramadhan kerana makruh mengerjakan sunat orang yang ada padanya qada Ramadhan dengan tiada uzur maka wajib menyegerakan qada dahulu.” (Rujuk Kitab Bughyah at- Tullab, hlm. 128)

qadha puasa
Segerakan mengqadha puasa yang ditinggalkan tanpa sebab keuzuran

Artikel Berkaitan: Niat Ganti (Qadah) Puasa Serta Syarat Sah dan Amalan Sunnah

PENGAJARAN

Setiap amalan sunat sudah tentu mempunyai kelebihan yang tersendiri. Berebutlah untuk meraih ganjarannya.

Semoga segala ibadah kita sentiasa diterima oleh Allah SWT dan kita mendapat keampunan daripada-Nya walaupun dalam serba kekurangan ketika melaksanakan ibadah berpuasa sepanjang bulan Ramadhan. Wallahu A’lam.

Sumber : Siakap Keli

Ketua SPRM

Latheefa Koya Ketua Pesuruhjaya Baru SPRM

Niat Ganti Puasa, Syarat Sah Serta Amalan Sunnah