in

Kelebihan Puasa Sunat Tarwiyah dan Arafah Yang Luar Biasa

Puasa Sunat Tarwiyah dan Arafah adalah antara ibadah yang sangat luar biasa  jika kita mampu melakukannya.

Puasa Sunat Tarwiyah dan Arafah sangat dianjurkan kepada seluruh umat Islam agar turut dapat merasakan nikmatnya sepertimana yang dirasai oleh para Jemaah Haji. Bagi jemaah pula, mereka diharamkan untuk berpuasa pada hari Arafah 9 Zulhijjah.

PUASA SUNAT TARWIYAH

Puasa Arafah dilaksanakan pada hari Arafah iaitu pada 9 Zulhijjah pada hari jemaah haji melakukan wukuf di padang Arafah. Manakala Puasa Tarwiyah adalah puasa yang dilaksanakan pada hari tarwiyah iaitu pada tanggal 8 Zulhijjah, sehari sebelum hari wukuf.

puasa sunat tarwiyah
Puasa Arafah dilakukan ketika jemaah haji berwukuf di Padang Arafah

Manakala Hari Raya Aidil Adha pula akan jatuh pada 10 Zulhijjah. Bulan Zulhijjah adalah termasuk di antara Asyhurul Hurum atau bulan-bulan yang diagungkan oleh Allah SWT.

KEUTAMAAN PUASA TARWIYAH DAN ARAFAH

Keutamaan melakukan ibadah Puasa Sunat Tarwiyah bagi orang yang tidak melaksanakan ibadah haji berdasarkan beberapa hadis Nabi Muhammad SAW adalah:

1. Barang siapa yang menjalankan Puasa Sunat Tarwiyah akan dihapus dos4 setahun yang lalu yang telah dilalui.

2. Manakala berpuasa di hari Arafah pula akan dihapuskan dos4 dua tahun (1 tahun yang lalu dan 1 tahun yang akan datang)

3. Jika melaksanakan dua puasa sunat di atas akan dianugerahi oleh Allah SWT dengan 10 jenis kemuliaan.

puasa sunat arafah
Setiap ibadah yang dianjurkan sudah tentu ada manfaatnya tersendiri, begitu juga dengan puasa sunat tarwiyah dan arafah

10 JENIS KEMULIAAN

Sepuluh jenis kemuliaan yang dimaksudkan adalah: ALLAH AKAN memberi keberkatan pada kehidupannya, menambah hartanya, menjamin kehidupan rumahtangganya, membersihkan dirinya dari segala dosa dan kesalahan yang telah lalu, melipat gandakan amal dan ibadahnya, memudahkan kematiannya, menerangi kuburnya selama di alam Barzakh, memberatkan timbangan amal baiknya di Padang Mahsyar, menyelamatkannya dari kejatuhan kedudukan di dunia dan akhir sekali menaikkan martabatnya di sisi Allah SWT.

Subhanallah, begitu banyak dan istimewanya kelebihan, keberkatan dan kebahagiaan yang Allah kurniakan kepada mereka yang menlakukan puasa sunat Tarwiyah dan Arafah.

NIAT PUASA

Niat Puasa Tarwiyah

ﻧﻮﻳﺖ ﺻﻮﻡ ﺗﺮﻭﻳﻪ ﺳﻨﺔ ﻟﻠﻪ ﺗﻌﺎﻟﻰ

“NAWAITU SAUMA TARWIYAH SUNNATAN LILLAHI TA’ALA”

“Sahaja Aku berpuasa Tarwiyah, sunat kerana Allah ta’ala.”

Niat Puasa Arafah

ﻧﻮﻳﺖ ﺻﻮﻡ ﻋﺮﻓﺔ ﺳﻨﺔ ﻟﻠﻪ ﺗﻌﺎﻟﻰ.

“NAWAITU SAUMA ARAFAH SUNNATAN LILLAHI TA’ALA”

“Sahaja Aku berpuasa pada hari Arafah, sunat kerana Allah ta’ala.”

Semoga kita mampu melakukannya dan Allah memilih kita untuk dimasukkan kita dalam golongan orang yang mendapat ganjarannya. Amiin.

Jauhilah perkara-perkara yang boleh mendatangkan dosa besar dan kecil serta jangan tinggalkan solat. Hormati kedua orang tua kita dan saudara-mara serta tetangga. Insya Allah.

Artikel Berkaitan – Doa Hari Arafah Adalah Doa Yang Paling Mustajab

Written by Admin

Saya lelaki biasa yang ada perlindungan takaful dan insurans. Suka travel seperti orang lain. Pernah naik flight untuk travel seperti Air Asia, Malindo, Malaysia Airlines, Fire Fly, Scoot, Singapore Airlines, Qantas, Thai Airways, British dan sebagainya. Makan juga nasi, KFC, Mc Donalds, Burger Kings. Minat forex tapi tak pandai. Sikit duit dalam simpanan akaun di Maybank, CIMB Bank, Hong Leong Bank dan AmBank. Membeli belah dengan kemudahan AEON Cards.

petua hilangkan kuning bayi secara tradisional

Petua Merawat Bayi Kuning dan Panduan Lengkap Mengenainya

Kereta Terbang Pertama Negara

Kereta Terbang Malaysia Hampir Siap – Menteri