in ,

Kenali 5 Jenis Jerawat Yang Merosakkan Wajah Anda

BAGAIMANA JERAWAT TIMBUL

Apabila kita baligh, hormon androgen dalam badan kita akan meningkat menyebabkan kelenjar sebum yang mengeluarkan minyak di kulit semakin aktif.

Minyak yang berlebihan di kulit menyebabkan liang bulu roma mudah tersumbat menyebabkan sisa sel kulit terkumpul dalam liang bulu roma dan membentuk ‘mikrokomedo’.

Apabila mikrokomedo membesar ia menjadi jerawat yang dapat dilihat dengan mata kasar. Jika komedo tertanam di dalam liang, ia menjadi komedo tertutup dan menghasilkan jerawat batu.

Pembentukan komedo menyebabkan pertumbuhan kuman yang akan menyebabkan sel-sel badan yang melawan penyakit (leukosit) berkumpul pada komedo lalu menyebabkan keradangan.

Pengumpulan sel ini menyebabkan jerawat jadi merah dan dikenali sebagai papule. Jika bertambah teruk, nanah akan terkumpul dalam komedo lalu hasilkan jerawat berpustul.

Jika anda tidak merawat pastule, jerawat boleh pecah dan berjangkit pada bahagian kulit yang lain. Apabila postule pecah, ia akan meninggalkan kesan parut menyebabkan paras rupa kulit menjadi cacat terutama jika jerawat ini tumbuh di muka.

JERAWAT YANG MEROSAKKAN WAJAH ANDA

Sumber: PharmaCare

1. Jerawat Papule
Merupakan jenis jerawat radang kulit. Ia berbentuk benjolan lembut kemerah-merahan.

2. Jerawat Pustule
Merupakan bintik merah yang meradang dan muncul sebagai bintil merah dengan pusat putih atau kuning (bernanah).

3. Blackheads
Biasanya ia akan terjadi apabila sebahagian pori kulit tersumbat dengan minyak (sebum), bakteria dan sel-sel kulit mati. Warna hitam bukan disebabkan oleh kotoran tetapi disebabkan oleh pigmen kulit-melanin. Bertindak balas dengan oksigen di udara.

4. Whiteheads
Ia terbentuk ketika pori tersumbat sepenuhnya dan memerangkap minyak (sebum), bakteria, dan sel-sel kulit mati. Ia menyebabkan paparan putih di permukaan kulit anda.

5. Nodule
Ia terdiri daripada benjolan keras di bawah permukaan kulit. Lebih besar dan sangat menyakitkan, serta kadang-kadang kekal berbulan-bulan.

Jerawat ini menyumbang kepada parut berlubang dan trauma teruk serta luka pada permukaan kulit. Jika tidak di rawat dengan betul, Nodul ini akan terbentuk semula walaupun selepas kecut. Menghilangkan parut jerawat lebih sukar bila perawatan diabaikan.

Sumber: PharmaCare

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments

4 Produk Kosmetik Dikesan Mengandungi Racun Berjadual

Suntikan Vitamin C Bahaya dan Tidak Dibenarkan Oleh KKM