in

Kenali Wang Anda dan Ketahui Ciri-Ciri Keselamatan Matawang Ringgit Malaysia.

Tahukah anda bahawa Wang Kertas Malaysia mempunyai ciri-ciri keselamatan yang tinggi. Ia bertujuan untuk mengelakkan orang ramai atau siapa sahaja tertipu dengan wang palsu yang semakin berleluasa. Ciri-ciri keselamatan tersebut mampu dikesan oleh orang ramai.

WANG PALSU

Wang kertas Malaysia yang palsu dikesan mempunyai kualiti rendah, kebanyakannya dicetak pada kertas biasa menggunakan pencetak dan mesin salinan warna yang lazim.

Wang palsu mudah atau sukar dikenali?
Wang Palsu RM 100

Dalam satu kenyataan Bank Negara Malaysia (BNM) beberapa hari lalu, ia dapat dibezakan dengan wang kertas tulen melalui sentuhan dan penglihatan yang mudah dibuat. Orang ramai sebenarnya boleh mengenal pasti wang kertas palsu ini.

Sebarang dakwaan berkaitan wang kertas palsu adalah perkara lazim. Ia akan menyebabkan​​​​​​​kebimbangan yang tidak wajar kepada orang awam dan BNM mengambil serius sebarang laporan mengenai wang kertas palsu.

Orang ramai diminta membuat laporan polis dengan segera jika mereka menerima sebarang wang​​​​​​​ kertas yang disyaki palsu. Langkah ini akan memudahkan siasatan segera dilakukan.

WANG TULEN

Wang kertas Malaysia menggabungkan ciri-ciri keselamatan terkini yang sukar dipalsukan. BNM menasihatkan orang ramai, termasuk peruncit, supaya lebih berhati-hati semasa​​​​​​ ​menguruskan wang berpandukan “Sentuhan, Lihat, Condong dan Semak” (Feel, Look, Tilt and Check).

“Kertas wang adalah bertekstur dan wang kertas polimer diperbuat daripada plastik khas. Kedua-dua wang kertas dan polimer mempunyai kesan cetakan timbul pada potret Yang di-Pertuan Agong pertama dan teks,” menurut BNM.

Bank pusat juga menasihatkan orang awam perhatikan dan halakan wang kertas ke arah cahaya putih dan menyemak tera air potret tiga dimensi.

CIRI-CIRI KESELAMATAN

Antara ciri-ciri keselamatan wang kertas Ringgit Malaysia adalah seperti berikut:

  • Cetakan timbul
  • Potret tanda bayang
  • Tanda pandang telus pada angka 100 (bagi RM100)
  • Benang keselamatan kanta makro
  • Petak kilat berwarna
  • Benang serat keselamatan.

PROGRAM PENDIDIKAN MATA WANG

Bank Negara Malaysia (BNM) telah menganjurkan program Pendidikan Mata Wang di pasar-pasar malam di Pulau Pinang dan Kedah bagi mengelakkan orang ramai khususnya peniaga daripada menjadi mangsa penipuan wang palsu.

Sehingga kini enam pasar malam di wilayah utara telah dikunjungi BNM iaitu lima di Pulau Pinang dan satu di Kedah bagi memberi kesedaran dan pendidikan asas kepada orang ramai khususnya peniaga untuk membezakan wang tulen dan wang palsu.

BNM juga telah membangunkan aplikasi My Ringgit yang boleh dimuat turun menggunakan Google Playstore pada telefon pintar untuk membuat imbasan pada wang kertas.

Aplikasi untuk mengimbas wang kertas Malaysia
Aplikasi My Ringgit boleh dimuat turun secara percuma di Google Playstore

Dalam program Pendidikan Mata Wang itu, Pihak BNM turut mengedarkan pamplet ‘Kenali Mata Wang’ kepada orang ramai dan peniaga di pasar malam itu untuk dijadikan sebagai rujukan.

Aplikasi My Ringgit mampu mengesan wang kertas palsu
Wang yang diimbas menggunakan aplikasi My Ringgit

Pengerusi Persatuan Peniaga dan Pasar Malam Daerah Kubang Pasu, Shaimi Ahmad berkata bahawa program diadakan BNM itu dapat membantu para peniaga dan orang ramai daripada ditipu pihak tidak bertanggungjawab sehingga menyebabkan mereka menanggung kerugian.

 

“Penerangan dan demontrasi yang diberikan pihak BNM membolehkan peniaga lebih tahu untuk membezakan wang tulen dan wang palsu,” katanya.

Sila muat turun secara percuma di google palystore
Imbasan pada wang kertas RM1

Sementara itu, Faiizah Ismail, 54, Peniaga Soto berkata, setakat ini beliau belum pernah menerima wang palsu daripada pelanggan.

Katanya lagi program ini patut diadakan sekerap mungkin agar mereka yang tidak bertanggungjawab tahu tindakan mereka sedang diawasi dan seterusnya dapat mengelak kes-kes penipuan.

Sumber: SH

“Saya Pernah Dengar Pasal Aimar Ke JDT, Tetapi….Siapa Liridon?” – Neymar Ulas Isu JDT

Bitcoin Terus Jatuh Merudum