Kenapa Wanita Bijak Susah Mendapat Jodoh? Mungkin Di Sini Adalah Jawapannya.

Mungkin anda semua perasan, bahawa ramai wanita-wanita yang bijak pandai, mempunyai rupa paras yang cantik dan juga personaliti yang baik, susah untuk mendapat jodoh.

Ada lelaki takut mendekati wanita bekerjaya dan berwajah cantik

Ini kerana ada dikalangan lelaki takut hendak mendekati mereka kerana fikirkan mereka sudah memiliki kekasih. Ada juga lelaki berpendapat diri mereka tidak sepadan dengan wanita berkenaan. Jika dilihat dari paras rupa yang menawan pula, adalah mustahil jika mereka tidak mempunyai teman istimewa.

Sebenarnya, wanita seperti yang disebut di atas tidak sempat untuk memikirkan tentang teman lelaki. Bagi mereka, kerjaya lebih penting dari bercinta untuk menjamin masa depan mereka. Ada yang bertanya, mengapa hidup sendirian sedangkan mereka sangat mudah untuk mendapat teman hidup dengan memiliki rupa paras yang cantik dan mempunyai kerjaya yang baik.

Sesetengah wanita hanya memikirkan kerjayanya daripada teman hidup

Sebenarnya mereka bukan tidak mahu bercinta, cuma ada beberapa sebab mengapa mereka ambil keputusan untuk hidup sendiri. Antara sebab-sebabnya adalah seperti berikut.

Sudah Biasa Lakukan Semua Perkara Sendiri

Wanita bijak sudah pasti mempunyai kerjaya yang bagus dan ada pendapatan sendiri. Disebabkan itu mereka lebih gemar melakukannya sendiri. Mereka juga terlalu sibuk sehingga tiada masa untuk cari pasangan. Bagi mereka kerjaya dan kehidupan yang bagus sangat penting daripada bercinta dan mengharapkan duit dari lelaki.

Kerjaya yang bagus lebih penting daripada menghabiskan masa dengan bercinta

Terlalu memilih & inginkan yang sempurna

Wanita berkerjaya sangat berhati-hati dalam memilih teman hidup

Wanita yang bijak biasanya mengidamkan lelaki yang sempurna sebagai pasangannya. Oleh kerana mempunyai kerjaya yang bagus mereka lebih bersifat memilih. Mereka memilih kerana mereka mengidamkan masa depan mereka yang lebih cemerlang.

Terlalu Sibuk Dan Hanya Ada Masa Untuk Diri Sendiri Sahaja

Wanita berkerjaya hanya memikirkan masa untuk dirinya sendiri

Wanita bijak sentiasa memikirkan tentang masa depan. Mereka hanya fikirkan tentang kerjaya sehingga terlupa tentang kebahagian berkeluarga, soal jodoh dan cinta. Jika anda ingin mengajak mereka keluar makan hanya untuk berbual kosong, mereka selalunya menolak dan lebih menghargai masa yang ada.

Pernah Terluka Dan Tidak Mahu Ulangi Kesilapan Sama

Gagal dalam cinta pertama membuatkan wanita lebih berhati-hati

Gagal dalm percintaan pertama selalunya membuatkan mereka takut untuk mencari cinta baru, dan ia memberi seribu pengajaran bahawa memilih lelaki yang tepat adalah penting.

Lebih Mementingkan Orang Lain Dari Diri Sendiri

Mereka lebih memikirkan kepentingan orang lain seperti orang tua mereka. Mereka lebih bijak mengatur hidup mereka.

Mereka lebih utamakan keluarga dari segalanya. Bagi mereka, selain kerjaya keluarga sangat penting. Oleh itu soal lelaki terlalu remeh untuk difikirkan kerana banyak tanggungjawab lain yang perlu digalas dan disempurnakan.

Mereka bukan tidak mahu hidup berkeluarga seperti orang lain, cuma mereka lebih bijak dalam memilih pasangan dan mengatur hidup mereka, mungkin saja jodoh mereka belum sampai. Sesungguhnya jogoh itu rahsia Allah.

Sumber: leav.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *