in

Kerabu Belimbing Buluh Simple Dengan Daun Selom

resepi belimbing buluh

Masa kecik-kecik dulu walau hidup susah belum ada istilah makan nasi tiada lauk. Ibu tetap berusaha untuk anak-anaknya dapat makan tanpa nasi kosong.

Selain makan nasi dengan ikan kering, tanaman-tanaman kampung boleh dijadikan lauk yang menambah selera anak-anak walaupun tanpa ayam dan daging. Antaranya adalah buah belimbing buluh atau Averrhoa Bilimbi.

belimbing buluh
Pokok yang biasa terdapat di kampung-kampung

Buah belimbing buluh ini, selain dimasukkan ke dalam sambal belacan, sedap juga dimasak dengan berbagai cara. Antaranya adalah Kerabu. Kerabu belimbing buluh sangat sedap dan menambah selera sepertimana pekongsian resepi oleh AJTP yang nampak sangat menyelerakan.

ASAM BELIMBING
Sambal belacan tidak sedap tanpa dicampurkan dengan asam

Bagi orang-orang Pahang sangat terkenal dengan Sambal Hitam Belimbing Buluh. Namun apa kata kita teruskan dengan resepi dari AJTP ini Kerabu Belimbimg Buluh Bersama Daun Selom.

RESEPI KERABU BELIMBING BULUH

Bahan-bahan:

Bahan A (dihiris)

  • Belimbing buluh
  • Daun selom
  • Bawang Besar
  • Bunga kantan
resipi buah belimbing buluh
Bahan-bahan utama

Bahan B (ditumbuk)

  • Kelapa parut
  • Belacan
  • Cili padi
  • Cili merah

Bahan C
Isi ikan (sardin atau kembung)
Nota: Ikan hendaklah direbus dahulu kemudian diambil isinya.

resipi kerabu belimbing buluh
Bahan yang siap dihiris

CARA MENYEDIAKAN KERABU

Gaulkan semua bahan A, B dan C hingga sebati. Perasakan dengan garam. Belimbing buluh apabila sudah menjadi kerabu rasanya tidak lagi menjadi masam. Sedap dimakan bersama nasi, atau makan begitu saja.

Kerabu belimbing buluh
Kerabu belimbing buluh bersama daun selom siap untuk dimakan

KEGUNAAN LAIN BELIMBING BULUH

Buah belimbing yang masak akan menjadi lembik dan kekuningan. Jangan buang buah ini. Ianya boleh digunakan mencuci kuku kaki dan tangan bagi menghilang daki. Kuku anda akan nampak bersih. Ia juga digunakan untuk mencuci ikan bagi menghilangkan hanyir. Sebenarnya buah segar juga boleh digunakan untuk berbuat demikian.

Resepi Lain – Resepi Siakap Masak Kengsom Yang Mudah dan Sedap

Apa komen anda? Mungkin ada yang tidak pernah masak atau buat kerabu belimbing buluh. Cubalah buat kerabu dahulu. Mudah dan ringkas serta sedap dimakan. SELAMAT MENCUBA.

Written by Admin

Saya lelaki biasa yang ada perlindungan takaful dan insurans. Suka travel seperti orang lain. Pernah naik flight untuk travel seperti Air Asia, Malindo, Malaysia Airlines, Fire Fly, Scoot, Singapore Airlines, Qantas, Thai Airways, British dan sebagainya. Makan juga nasi, KFC, Mc Donalds, Burger Kings. Minat forex tapi tak pandai. Sikit duit dalam simpanan akaun di Maybank, CIMB Bank, Hong Leong Bank dan AmBank. Membeli belah dengan kemudahan AEON Cards.

Pranita memluk agama islam

“Alhamdulillah” Pranita Memeluk Agama Islam di MINDEF

Khasiat Daun Sirih

Inilah Khasiat Daun Sirih Untuk Merawat Mata Rabun