in ,

Kerajaan Pertimbang Bawa Masuk Pekerja Asing Dari Afrika

Kerajaan Pertimbang Bawa Masuk Pekerja Afrika

Kerajaan pertimbang untuk mengambil pekerja asing dari Afrika bagi menampung keperluan tenaga kerja asing dalam sektor perladangan pada masa akan datang.

Hal ini dinyatakan oleh Menteri Sumber Manusia, M. Kula Segaran. Beliau berkata, pertimbangan dibuat memandangkan pekerja asing terutama dari Vietnam dan Indonesia tidak lagi mahu bekerja di negara ini kerana gaji yang mereka terima tidak jauh beza dengan gaji di negara asal mereka.

Kula Segaran
M Kula Segaran (kiri) ketika sidang media selepas Sesi Dialog Bersama Peladang-Peladang di Tanah Rata Cameron Highlands – FOTO BERNAMA via Sinar Harian

Kula memberitahu, baru-baru ini dia telahpun mengadakan perbincangan dengan duta negara Afrika. Difahamkan mereka akan mendapatkan pandangan daripada kerajaan mereka mengenai perkara tersebut.

Kula berkata lagi bahawa ini adalah satu permulaan dan kita perlu melihat kesesuaian (pekerja asing dari negara Afrika). Ini kerana pihak kementerian ada menerima permintaan daripada majikan yang mahukan pekerja dari Afrika untuk bekerja dalam sektor perladangan.

Perkara itu diberitahu oleh Kula kepada pemberita selepas sesi dialog bersama Menteri Sumber Manusia dengan para peladang Cameron Highlands malam tadi.

Pekerja Asing Afrika
Cadangan bagi menampung kekurangan pekerja asing dalam sektor berkenaan

Kementerian Sumber Manusia juga kini dalam peringkat akhir perbincangan dengan Bangladesh sebelum memeterai memorandum persefahaman (MoU) mengenai kemasukan pekerja dari negara itu ke negara ini.

MoU dibuat kerana semua perjanjian dengan Bangladesh sebelum ini sudah tamat tempoh. Walaupun kerajaan berhasrat untuk menandatangani MoU namun ada beberapa cadangan dan perkara yang perlu diselesaikan terlebih dahulu.

“Antara permasalahan yang perlu diselesaikan adalah gaji serta perlindungan terhadap pekerja asing yang bekerja di sini dan kita juga mahu tahu apakah tindakan (kerajaan Bangladesh) untuk mengambil balik pekerja asing yang tidak berdokumentasi di negara ini,” katanya.

Baca Juga – Rakyat Disaran Lupakan Kelapa Sawit dan Tanam Buluh

Sumber: Sinar Harian

Written by Admin Suka Viral

Saya lelaki biasa yang ada perlindungan takaful dan insurans. Suka travel seperti orang lain. Pernah naik flight untuk travel seperti Air Asia, Malindo, Malaysia Airlines, Fire Fly, Scoot, Singapore Airlines, Qantas, Thai Airways, British dan sebagainya. Makan juga nasi, KFC, Mc Donalds, Burger Kings. Minat forex tapi tak pandai. Sikit duit dalam simpanan akaun di Maybank, CIMB Bank, Hong Leong Bank dan AmBank. Membeli belah dengan kemudahan AEON Cards.

Remaja Nafi Mengunyit

Isu Mengunyit Atas Motosikal – Remaja Tampil Beri Penjelasan

Pandangan Seorang Doktor Mengenai Buah Durian