in , ,

Kerajaan Negeri Trengganu Pertimbang Jawatan Untuk Dr Nur Ilyani Jika Beliau Dipecat

Trengganu Pertimbang Jawatan Untuk Dr Ilyani

KERAJAAN Negeri Trengganu sedia mempertimbangkan jawatan untuk Dr Nur Ilyani Mohamed Nawawi sekiranya beliau dikenakan tindakan termasuk dibuang kerja. Ini berikutan tindakan berani Dr Nur Ilyani menghantar surat terbuka mengkritik aktivis sosial berhubung LGBT kepada anak Perdana Menteri, Datin Paduka Marina Mahathir.

Menteri Besar Trengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, Dr Nur Ilyani merupakan seorang pegawai perubatan yang bertugas di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII), Kota Bharu, Kelantan. Kerajaan Trengganu akan menawarkan Dr Nur Ilyani untuk berkhidmat di hospital milik anak syarikat kerajaan negeri, sekiranya beliau hilang jawatan disebabkan isu tersebut.

Dr Ahmad Samsuri Mokhtar
Menteri Besar Trengganu

Beliau menambah, Kerajaan Negeri Trengganu akan mengikuti perkembangan Dr Nur Ilyani yang dikatakan bakal dikenakan tindakan tatatertib oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Ini adalah susulan surat terbukanya di facebook yang ditujukan kepada Datin Paduka Marina mengenai pandangan beliau sebagai seorang pegawai perubatan berhubung isu Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT).

“Jika Dr Nur Ilyani dikenakan tindakan termasuk dibuang kerja selepas surat terbukanya diadukan kepada Biro Pengaduan Awam (BPA), kerajaan negeri sedia mempertimbangkan jawatan untuk beliau bertugas di hospital milik anak syarikat kerajaan negeri,” kata Dr Ahmad Samsuri selepas mempengerusikan mesyuarat EXCO, di Kuala Terengganu, hari ini.

Dr Nur Ilyani melalui surat terbukanya kepada Marina pada 6 Ogos lalu memberi pandangan tidak mengiktiraf perlakuan seks bebas apatah lagi songsang.

Sementara itu, Menteri Kesihatan, Dr Dzulkefly Ahmad ketika merasmikan Seminar Perubatan Integratif di Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia (USM) di Kota Bharu semalam menyatakan bahawa setakat ini tiada sebarang tindakan tatatertib akan diambil terhadap pegawai perubatan tersebut.

Dr Dzulkefly Ahmad
Menteri Kesihatan Malaysia

Beliau menegaskan bahawa tulisan Dr Nur Ilyani adalah pandangan peribadi dan pihaknya akan mengambil perhatian sebelum membuat sebarang keputusan.

Dalam pada itu, pendirian Kerajaan Negeri Terengganu berkaitan LGBT, Menteri Besar berkata, kerajaan negeri bertegas tindakan undang-undang akan dikenakan ke atas pelaku.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ariffin Deraman.

Sementara itu Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman juga tampil mempertahankan Dr Nur Ilyani berikutan ‘surat terbuka’ tersebut.

Syed Saddiq berkata, beliau sendiri akan bangkit bersuara dan menentang sebarang tindakan yang akan dikenakan kepada doktor perubatan tersebut sekiranya ada.

Sumber Utama: Harian Metro

Cara Daftar Permohonan i-Suri (KWSP) Untuk Surirumah

Cara Daftar i-Suri KWSP Untuk Suri Rumah

Kelebihan Zikir Fatimah

Zikir Fatimah – Meredakan Keletihan Wanita Dalam Menguruskan Rumahtangga. Rugi Kalau Tak Amal