in ,

Kerana Membantu Orang Dalam Kesulitan, Keluarga Ini Dapat Apa Yang Dicari

membantu orang dalam kesulitan

Motosikal adik ni rosak betul-betul tepi kubur. Nasib baik siang, kalau malam macam mana kan. Artikel ni bukan nak cerita pasal motor rosak tepi kubur, tetapi ingin berkongsi tentang kebaikan yang dibalas kebaikan segera selepas membantu orang dalam kesulitan.

Allah SWT menyusun sesuatu perkara untuk melengkapkan sesuatu perkara yang kita sendiri tidak sangka. Jom kita baca perkongsian oleh Eman Panji dalam facebook berkaitan hal tersebut.

“Barangsiapa yang berbuat kebaikan (sebesar biji dzarrah), niscaya dia akan melihat (balasan) nya. Dan barangsiapa yang berbuat kejahatan (sebesar biji dzarrah), niscaya dia akan melihat (balasan) nya pula”. QS. Az-Zalzalah: 7-8

Kisah Balasan Allah Selepas Membantu Orang Dalam Kesulitan

Suami balik rumah amik spana bagi adik tu bukak rantai motor dia yang dah jem. Tak sampai 10 minit dah terbukak rantai tu.

Suami tanya, awak boleh ke tolak motor ni ke workshop kat siputeh. Boleh katanya. Ikutkan jauhlah jugak.

Masa suami tanya tu muka dia sedih.

Kak Nija tanya berapa ringgit tukar baru rantai ni. Dengan muka sedih dia bagitahu RM35.

Kak Nija kata takpe, awak gi workshop tukar hat baru saya bagi duit. Dia tengok muka Kak Nija dengan pandangan sayu.

Kak Nija keluarkan sekeping note biru dari dompetnya dan berikan pada adik tersebut. Banyak sangat ni kak katanya sebak.

Kak Nija berkata, tak banyak bakinya. Rantai motor baru RM35, baki lima belas je. Amiklah gi makan Kak Nija kata lagi.

Allah katanya, banyak ni.

Lambat juga dia nak hulurkan tangan. Suami kata amiklah kami sedekah. Doakan kami sihat dan murah rezeki ye, kata suami.

Macam nak nangis muka dia.

Katanya motornya rosak sebelum jam 8 pagi lagi. Takde sorang pun berhenti tanya. Maknanya dah sejam lebih dia kat situ dok godek rantai motor.

Bila rantai motor jem, motor tak boleh gerak seinci pun. Patutlah masa kami sampai nampak dia termenung.

Bila dia dah bukak rantai motor bermakna motor dah boleh ditolak, suami mintak izin nak balik, saya nak kemas barang kata suami.

Pantas dia bertanya, nak pindah ke bang? Ye suami jawab.

Dah ada lori, tanya dia.

Belum. Tengah cari lori ni.

Abang, kawan saya ada lori. Abang nak 1 ton atau 3 ton tanya dia.

3 ton jawab suami.

Jap bang saya call kawan saya. Kawannya bagitahu lori 3 ton RM350. Lepas tu, dia mintak kurang RM300. Kawan dia setuju.

Bang nak budak tolong angkat barang ke, tanya dia.

Aah dapat sorang jadilah jawab suami.

Takpe bang, saya tolong abang angkat barang.

Allah. Cepatnya Allah balas. Dalam seminggu ni memang suami survey cari lori. Tiba-tiba Allah bagi depan mata. Siap adik tu offer tolong angkat barang.

Benarlah. Semua yang berlaku Allah dah rancang. Kami gi kubur agak lewat rupanya Allah nak temukan kami dengan adik tu.

Dulu, kami gi kubur lewat, Allah jumpakan kami dengan orang baiki kubur mak. Padahal dah berbulan kak nija mencari orang baiki kubur, sekelip mata Allah hantar.

Setiap kejadian pasti ada hikmah yang tak disangka. Aturan Allah itu terbaik. Sentiasalah bersangka baik kat Allah.

Suami tak yah susah-susah nak cari lori. Bab lori dah selesai. Terima kasih Allah.

Apa yang boleh kita ambil pengajaran dari kisah ini adalah, jangan takut untuk berbuat baik atau membantu orang dalam kesulitan kerana pasti ada kebaikan yang Allah akan berikan kembali.

Suka Viral

Written by Admin

Saya orang biasa yang ada perlindungan takaful dan insurans. Suka travel seperti orang lain. Pernah naik flight untuk travel seperti Air Asia, Malindo, Malaysia Airlines dan Fire Fly. Nak cuba juga naik Scoot, Singapore Airlines, Qantas, Thai Airways, British dan sebagainya namun belum ada rezeki. Selain nasi sebagai makanan utama suka juga makan KFC, Mc Donalds dan sesekali Burger Kings. Minat bermain forex tapi tak pandai. Mempunyai akaun simpanan seperti Maybank, CIMB Bank, Hong Leong Bank dan AmBank tetapi duit belum tentu ada. Membeli belah dengan kemudahan kad debit. Tak pernah cuba kad kredit atau lain-lain kad.

samuel eto'o

Ronaldinho Terharu Samuel Eto’o Adalah Sahabat Walau Dalam Kesusahan

sumareh

Status Sumareh Sebagai Pemain Naturalisasi Tak Lucut