in ,

Kerana Terlalu Rindu Wanita Makan Abu Mayat Ibunya Kerana Mahu Sentiasa Bersama Ibunya

London – Kerana terlalu rindu pada ibunya, seorang wanita nekad untuk membuat sesuatu yang tidak masuk akal pada hari krismas nanti.

Wanita tersebut berhasrat untuk menjamah abu mayat ibunya sebagai santapan Krismas tidak lama lagi bagi memastikan dia sentiasa berada ‘di sisi’ wanita yang amat disayanginya.

Debra Parsons, setiap hari mengambil sesudu ibu mayat ibunya setiap hari. Photo: cambridge-news.co.uk

Debra Parsons, 41, seorang ibu beranak 2 berkata, dia mahu menjadikan abu mayat ibunya itu sebagai ‘perencah’ hidangan ayam belanda dan puding sebagai pencuci mulut yang akan dihidangkan sempena perayaan itu.

Ibunya telah meninggal dunia pada Mei yang lalu. Kematian Doreen akibat sesak nafas selepas dia mengalami jangkitan di dalam dada.

Debra bersama ibunya. Photo: Daily Mirror.co.uk

Ini adalah kematian yang kedua yang perlu dihadapi Parsons selepas kehilangan anak lelakinya pada Krismas 1996 yang dilahirkan pramatang. Ianya sangat pahit dan sukar diterima oleh Parsons.

Dia mengalami kesukaran menerima kematian itu selama bertahun-tahun dan kematian ibunya lebih memburukkan keadaan.

Katanya lagi, sejak kematian ibunya, Doreen Brown, dia mengambil sesudu abu mayat setiap hari supaya berasa rapat dengan mendiang dan keinginan itu semakin membuak apabila terpaksa menyambut Krismas bersendirian.

“Hanya itu dapat membantu saya melalui sambutan Krismas pertama tanpa kehadiran ibu.

“Orang mungkin beranggapan saya gila atau tidak menghormati mendiang tetapi saya tidak boleh berhenti melakukannya.

“Saya melihatnya dari sudut positif, supaya hubungan kami lebih rapat dan dia sentiasa bersama keluarga. Saya rasa dia turut ‘hidup’ apabila sebati dengan diri saya, dan bernafas melalui tubuh saya. Nafas saya adalah nafasnya,” kata Parsons.

“Saya dan ibu mempunyai hubungan yang sangat rapat dan tiada apa yang boleh memutuskannya walaupun kematian,” katanya.

Sumber: hmetro.com.my

Wanita Potong Anu Suami Akibat Tidak Berpuas Hati Dengan Layanan Suaminya

Berniagalah Kerana Ia Adalah Sunnah Rasulullah. Tapi Bolehkah Berniaga Sesuka Hati?