in

Kereta Jenazah Percuma Di Sekitar Lembah Kelang Jika Anda Tiada Kemampuan

Khidmat Kereta Jenazah Sekitar Lembah Kelang

Mungin ramai dikalangan kita tidak mengenali seorang lelaki Cina bernama Kuan Chee Heng atau lebih dikenali sebagai Uncle Kentang. Beliau merupakan Presiden Persatuan Kepolisian Masyarakat (CP) Malaysia. Persatuannya memperkenalkan berbagai perkhidmatan percuma antaranya adalah khidmat van jenazah untuk digunakan oleh golongan yang tidak berkemampuan apabila memerlukan.

Kuan Chee Heng
Encik Kuan Chee Heng

Encik Kuan Chee Heng terdetik untuk mewujudkan kemudahan itu selepas melihat kesukaran waris-waris simati yang tidak mampu untuk mendapatkan khidmat van jenazah bagi membawa balik jenazah ahli keluarga mereka ke kampung halaman. Bayangkan kos yang perlu dikeluarkan jika hendak membawa jenazah dari Kuala Lumpur ke Perlis atau Kelantan. Tiada yang percuma. Jadi beliau bersedia membantu anda.

kereta jenazah percuma
Sedia memberi perkhidmatan terbaik

Berikut adalah entri beliau dalam facebooknya:

KEPADA GENG SUSAH DI HOSPITAL BESAR KL, SERDANG, SG BULOH, HUKM, AMPANG, SELAYANG, PPUM, dan lembah Klang.

Kalau anda susah dan mak, ayah , atuk atau nenek atau ada saudara meninggal dan susah cari van jenazah, JANGAN KHUATIR DAN JANGAN RISAU. Angkat talipon call

011-55052148
012-2732148
018-2682999

Kalau Van kami dah keluar, kami akan mohon Van dari mana mana geng kami yang ada untuk bantu anda. Bayaran adalah MENGIKUT KEMAMPUAN KAMU. KALAU KAMU HANYA ADA RM 1, ITU PUN KAMI BANTU.

Kerana geng kami dengan bersama sama sedia membantu. Ramai Van jenazah yang akan bantu anda. Mereka ini semua sedia berkhidmat.

Adalah mulia bagi saya untuk bantu mu ketika kamu tiada apa apa. Ayah saya meninggal orang lain yang bantu. Ini turn anak dia pulak bantu mana mana yang susah, tak kira agama dan kaum.

uncle kentang
Posting Kuan Chee Heng di facebooknya

Untuk pengetahuan semua, persatuan ini juga ada mewujudkan khidmat ambulan 10 sen dan teksi 10 sen tetapi perkhidmatan itu tidak boleh membawa jenazah. Dari situ mereka melihat bahawa perkhidmatan van jenazah diperlukan.

Jika waris adalah orang yang berkemampuan, sedikit bayaran akan dikenakan namun jika mereka tidak berkemampuan khidmat penghantaran jenazah akan diberikan secara percuma.

Uncle Kentang berkata:

“Apa yang penting supaya kita dapat uruskan jenazah dengan cepat, elok dan sempurna. Permudahkan orang lain, kita harap tuhan akan mempermudahkan kita semua,”katanya.

Terdahulu, persatuan berkenaan pernah memperkenalkan khidmat kemudahan ambulan, teksi dan jualan barang dengan hanya mengenakan harga 10 sen bagi membantu golongan tidak berkemampuan di sekitar Puchong.

kereta jenazah
Antara mereka yang pernah menggunakan khidmat kereta jenazah

Jadi, kepada anda yang berada di sekitar Lembah Klang, jangan risau jika anda memerlukan perkhidmatan van jenazah jika anda memerlukan di saat anda di dalam kesusahan. Hubungi saja nombor yang tertera. Hebahkan kepada saudara mara, kawan-kawan anda serta jangan lupa SHARE artikel ini kerana ianya sangat bermanfaat – Suka Viral

Tun Khalil Yaakob

5 Menteri Dapat Datuk Seri

Tanda Jodoh Anda Serasi Atau Tidak