in ,

Kereta Tanpa Pemandu. Pernah Tengok Kereta Tanpa Pemandu? Lihat Video Bagaimana Kereta Yang Boleh Dikawal Dengan Menggunakan Telefon Pintar Bergerak Dalam Mode Auto Pilot

Saya nak share sikit cerita pasal kereta tanpa pemandu. Mesti ramai yang pernah dan mungkin ada yang tidak pernah berfikir tentang perkara ini. Boleh ke kereta berjalan sendiri tanpa di kawal manusia? Mustahil kan?

Kalau adapun kereta yang terputus brek tangan semasa parking di kawasan berbukit. Maka kereta tu boleh lah jalan sendiri. Tapi kereta yang tak dikawal sebegini akan berkesudahan dengan kemalangan.

Sebenarnya sudah ada kereta yang boleh digerakkan sendiri atau Auto Pilot seperti kapal terbang. Mungkin belum di malaysia. Tapi dah ada ditempat lain.

Sila lihat video di bawah yang diperolehi dari WhatsApp Group.

Kenderaan tersebut mungkin memerlukan sedikit modifikasi dengan memasang alat-alat elektronik atau avionik sepertimana yang terdapat dalam pesawat terbang. Contohnya GPS, Altemeter dan sebagainya.

Satu lagi saya nak share kenderaan yang sangat pelik. Kenderaan ini terapung seperti berada di dalam air tetapi ia berada di daratan dan tanpa tayar. Saya sendiri pernah memandu kenderaan tersebut bersama isteri saya.

Ketika itu kami pergi ke suatu tempat untuk beriadah. Kenderaan yang saya gunakan sangat tidak masuk akal. Tetapi itulah yang saya lalui bersama isteri saya. Kisah kereta yang saya naiki ini saya tidak ceritakan kepada orang lain shingga saya menulis cerita ini.

Kenderaan tersebut bergerak seperti biasa tetapi ianya memerlukan pemandu. Saya ingatkan ia benar-benar berlaku. Rupa-rupanya saya bermimpi. Walaupun saya bermimpi, mungkin satu masa ianya wujud di atas muka bumi ini sepertimana wujudnya kenderaan tanpa pemandu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments

Tip Memilih Tayar Yang Berkualiti Dan Selamat

astro

PANAS! Astro Cuba Kenakan Saya. Lihat Macamana Saya ‘Mengajar’ Mereka Semula! Iktibar Untuk Semua