in

Kereta Terbang Bukan Wawasan 2020 – Perdana Menteri

wawasan 2020

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menjelaskan, konsep Wawasan 2020 yang diilhamkannya sejak 29 tahun dahulu tidak termasuk dalam pembinaan kereta terbang walaupun kereta terbang itu dianggap kemajuan teknologi masa kini sepertimana yang dilaporkan oleh Astro Awani.

Wawasan 2020 memberi penekanan kepada sembilan cabaran kemasyarakatan yang perlu diatasi dalam usaha untuk menjadikan negara ini diiktiraf sebagai sebuah negara maju.

Kereta Terbang Bukan Wawasan 2020

wawasan 2020 malaysia
Mungkin kita boleh lihat kereta terbang di Malaysia kemudian hari

Perdana Menteri berkata dalam satu temubual eksklusif bersama radio Kool FM yang ke udara pagi ini:

“Wawasan 2020 ialah untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju.

“Untuk menjadi sebuah negara maju, kita mesti dapat mengatasi 9 cabaran untuk wawasan ini, iaitu negara yang bersatu, berjiwa bebas, demokratik, bermoral dan beretika, liberal, progresif dan saintifik, penyayang, adil dalam bidang ekonomi, serta makmur.

“Ini adalah tujuan kita yang mana kalau kita mencapai 9 tujuan ini, maka kita akan dianggap negara maju’.

Perdana Menteri juga berkata, Malaysia juga perlu mencapai kemajuan dalam bidang-bidang lain seperti pelajaran, teknologi, sosial, ekuiti dan sebagainya. Pada hakikatnya, ketika ini Malaysia telah mencapai banyak kemajuan dan perubahan berbanding sewaktu wawasan ini dilancarkan pada tahun 1991.

Perdana Menteri menegaskan walaupun tidak dicapai sepenuhnya, sedikit sebanyak Wawasan 2020 telah dicapai. Yang mana rakyat boleh melihat sendiri jika dibandingkan Malaysia pada tahun 2020 ini dengan Malaysia semasa wawasan ini dilancarkan pada tahun 1991 dahulu.

“Rakyat lebih makmur, negara lebih makmur dan pembangunan sudah terlihat jelas di seluruh negara. Infrastruktur lebih baik. Tetapi kita belum sampai tahap negara maju kerana ada bidang tertentu kita ketinggalan. Inilah menyebabkan kita akui tidak mencapai Wawasan 2020,” tambahnya lagi.

Beliau berharap agar masyarakat dapat memahami dengan lebih mendalam konsep sebenar wawasan 2020. Beliau juga berharap tidak ada lagi pihak yang bercakap wawasan ini bermakna ada kereta bermotor boleh terbang kerana itu bukan wawasan kita.

“Itu adalah kemajuan yang dicapai di negara lain, tidak berbentuk kereta tetapi berbentuk satu kenderaan yang boleh terbang dan boleh membawa orang di dalamnya dan merupakan satu jenis dron.

“Itulah yang telah dicapai di negara lain. Tetapi di Malaysia, kita boleh lihat kenderaan seperti ini di kemudian hari,” katanya lagi.

Semoga kita semua faham apa itu Wawasan 2020. Ingat satu benda saja, Wawasan 2020 bukan Kereta / Motor Terbang.

Baca Juga – Kereta Terbang Malaysia Hampir Siap

Apa komen anda? Komen baik-baik ye.

Written by Admin

Saya lelaki biasa yang ada perlindungan takaful dan insurans. Suka travel seperti orang lain. Pernah naik flight untuk travel seperti Air Asia, Malindo, Malaysia Airlines, Fire Fly, Scoot, Singapore Airlines, Qantas, Thai Airways, British dan sebagainya. Makan juga nasi, KFC, Mc Donalds, Burger Kings. Minat forex tapi tak pandai. Sikit duit dalam simpanan akaun di Maybank, CIMB Bank, Hong Leong Bank dan AmBank. Membeli belah dengan kemudahan AEON Cards.

Fenomena hujan Meteor

Hujan Meteor Boleh Dilihat Oleh Rakyat Malaysia Jam 11 Malam Ini

Solat pada waktu malam

Solat Tahajjud dan Subuh Lewat