in ,

Kereta Terbang Malaysia Hampir Siap – Menteri

Kereta Terbang Pertama Negara
Gambar Sekadar Hiasan

Beberapa bulan yang lalu, apabila Menteri Pembangunan Usahawan Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof menyuarakan hasrat untuk membina kereta terbang, ramai yang perli, ketawa berguling-guling dan menganggap ianya mengarut.

Kini kerja-kerja membina kereta terbang Malaysia yang pertama sudah 85 peratus siap membuatkan ramai yang menyesal atau terlopong kerana disangkakan ianya hanya seperti angan-angan Mat Jenin sahaja.

Kereta Terbang Malaysia

Memetik dari sinar harian online bahawa prototaip kereta terbang itu sedang dibina oleh sebuah syarikat Malaysia di Jepun. Ini berikutan kuasa ekonomi itu mempunyai ekosistem sokongan untuk industri kereta terbang.

kereta terbang malaysia
Gambar sekadar hiasan

Redzuan berkata kepada pemberita selepas menghadiri Persidangan Kepimpinan PKS 2019 di Kuala Lumpur bahawa beliau akan ke Jepun pada September untuk menghadiri Persidangan Penerbangan dan berharap dapat melihat prototaip yang hampir siap itu yang akan bawa pulang ke tanah air pada akhir tahun ini.

Katanya lagi, pihak kementerianya sedang mengadakan perbincangan dengan pelbagai kementerian yang terlibat dalam sektor penerbangan untuk mewujudkan ruang udara yang sesuai untuk kereta terbang di Malaysia. Ianya serupa dengan usaha yang dilakukan di beberapa negara lain, untuk melengkapi kemahiran usahawan tempatan bagi membangunkan kereta terbang.

“Kereta terbang adalah inisiatif swasta. Kami tidak mengawal mereka (pelabur) mengenai apa yang mereka mahu lakukan, tetapi kami perlu mewujudkan industri (kereta terbang) di Malaysia,” katanya.

Sama ada kereta terbang pertama itu akan dilancarkan pada akhir tahun, Redzuan berkata ia bergantung pada ekosistem Malaysia untuk kereta terbang, khususnya dari segi ketersediaan untuk terbang pada waktu itu.

Persidangan Kepimpinan PKS 2019 yang berlangsung sehari itu telah dianjurkan ATCEN Sdn Bhd. Mereka mensasarkan pemilik perusahaan kecil dan sederhana (PKS), ketua pegawai eksekutif, pengurus besar, pengurus kanan dan eksekutif daripada pelbagai industri.

Persidangan itu membolehkan hampir 450 perwakilan akan dapat menimba ilmu daripada pakar industri, amalan terbaik mereka, cadangan penyelesaian dan mendapat pendedahan terhadap model perniagaan lebih baik sebagai sebahagian transformasi kepimpinan.

Apa komen anda? Jika benar-benar terlaksana seperti kereta nasional proton dahulu adakah anda akan memilikinya? Mana tahu ianya akan menjimatkan jarak perjalanan anda.

Suka Viral

Written by Admin

Saya lelaki biasa yang ada perlindungan takaful dan insurans. Suka travel seperti orang lain. Pernah naik flight untuk travel seperti Air Asia, Malindo, Malaysia Airlines, Fire Fly, Scoot, Singapore Airlines, Qantas, Thai Airways, British dan sebagainya. Makan juga nasi, KFC, Mc Donalds, Burger Kings. Minat forex tapi tak pandai. Sikit duit dalam simpanan akaun di Maybank, CIMB Bank, Hong Leong Bank dan AmBank. Membeli belah dengan kemudahan AEON Cards.

Kelebihan Puasa Sunat Tarwiyah dan Arafah Yang Luar Biasa

Teknik bersihkan tumpahan minyak

Cara Membersihkan Tumpahan Minyak, Kicap & Sos