in ,

Kes Eira Azeira, Mohon Maaf Saja Tak Cukup – Peguam

MOHON MAAF

Nampaknya kes antara Eira Aziera dengan Puan Suharnizan Md Sidek ini belum reda. Ini kerana walaupun mohon maaf secara terbuka telah dibuat oleh Eira, namun surat tntutan telah pun dihantar kepada Eira.

Adakah dengan mohon maaf secara terbuka itu boleh menutup semua kesalahan? Seorang peguam yang menggunakan nama Nor Zabetha telah muat naik satu status berkenaan perkara tersebut.

CUKUPKAH SEKADAR MOHON MAAF?

Apakah perbuatan minta maaf selepas membuat fitnah atau menjatuhkan reputasi seseorang, boleh kira selesai dari segi undang-undang?

Macam kita selalu tengok, buat salah, minta maaf dan dianggap selesai.

Kita sendiri pernah baca macam-macam komen-komen, buat silap kemudian mohon maaf dan kemudian buat lagi. Adakah perkataan ‘sorry’ boleh dijadikan mekanism untuk kenakan orang lain?

Kata bukan-bukan dan kemudian minta maaf. Selesai! Sedangkan reputasi orang yang kena kata itu sudah jauh jatuh ke bawah paras negatif. Fikir tak kita bagaimana pula reputasinya? Bagaimana strress yang dia alami? Bagaimana hendak berhadapan dengan masyarakat?

‘SORRY NO CURE’

Adakah dengan kata‘sorry’ itu boleh dijadikan sebagai cara untuk membelaa diri. Kalau nak tahu, undang-undang di Malaysia tidak semudah itu. Pernah anda dengar ayat ‘Sorry no cure’. Macam tulah.

Bawah Seksyen 10 Akta Fitnah 1957 membenarkan pengurangan ganti rugi dan bukannya buang terus ganti rugi.

Maknanya kalau disaaman oleh Plaintif (Penuntut) dan Defendan (yang dituntut) telah meminta maaf, tuntutan Plaintif masih dibenarkan tetapi permohonan maaf ini hanya memberikan diskaun kepada ganti rugi sahaja.

CONTOH KES DI MAHKAMAH

Isu berkenaan permohonan maaf, boleh menyebabkan Defendan menang kes atau tidak ini telah pun dibincangkan di mahkmah dalam kes DATUK DR AWANG ADEK HUSSIN dengan THE EDGE COMMUNICATIONS SDN BHD & YANG LAIN [2012] 10 CLJ 340.

Dalam kes ini, peguam bagi kedua-dua pihak berdebat tentang isu:

Sama ada defendan boleh memohon penghapusan ganti rugi di bawah s.10?
Sama ada s.10 hanya membenarkan pengurangan ganti rugi?

Keputusannya, mahkmah dalam kes ini pun menegaskan bahawa bawah Seksyen 10 bagi permohonan maaf takkan menyebabkan kes ditolak. Kalau mahkmah hendak mempertimbangkan pun dengan memberi diskaun ke atas jumlah ganti rugi. Itu sahaja.

Soalan seterusnya, adakah wajib mahkmah bagi diskaun bawah Seskyen ini? Macam mana kalau tak ikhlas? Macam mana sebab, si pemngsa itu hanya mohon maaf selepas dikecam hebat? mahkmah ambil kira atau tidak jenis permohonan maaf begini?

CONTOH KES LAIN

Dalam kes PUA KIAM WEE dengan UTUSAN MELAYU 2016] 3 CLJ 498 pula, Defendan meminta pengurangan bagi ganti rugi yang dibenarkan oleh mahkamah atas alasan sudah meminta maaf.

Mahkamah membenarkan tuntutan RM200,000 dibayar kepada Plaintif kerana tulisan yang diputuskan oleh mahkamah sebagai fitnah yang dibuat oleh Utusan.

Namun demikian, mahkamah putuskan mengikut fakta kes dan perbuatan utusan yang sengaja melambat permohonan maaf, jadi dianggap permohonan maaf tidak telus atau dalam bahasa lain, seolah-olah tak ikhlas. No discount!

MAHKAMAH AKAN MENILAI IKHLAS ATAU TIDAK PERMOHONAN MAAF

Nampak, mahkmah pun menilai ikhlas atau tidak permohonan maaf ITU. Pergi mahkmah bukan IKUT kefahaman kita. Ada beranggapan yang popular sahaja yang boleh ambil tindakan. Fahaman itu tak belul.

Semua pun ada hak, sesiapa yang jadi mngsa ada hak. Anggapan orang tidak popular atau tidak dikenali atau tidak ada nama tiada hak adalah fahaman yang silap.

MOHON MAAF SAHAJA TIDAK CUKUP

Kalau tidak ada undang-undang membela mngsa dari permohonan maaf. Seronoklah bagi sesetengah orang sebab boleh kata apa saja pada orang lain dan kemudian minta maaf dan tutup kes. Kemudian esok-esok buat lagi dan minta maaf tutup lagi dan buat lagi.

Maka dengan sebab itulah adanya dalam Akta Fitnah siap-siap berkenaan permohonan maaf ini tidak akan membatalkan kes. Akal orang begini sudah boleh dibaca. Buat silap dan akan kata sorry, dengan harapan terlepas. Tak ade nyer!!.

Sumber: Nor Zabetha dan My Sumber

Baca: Akhirnya Eira Tampil Mohon Maaf dan Ini Kata-kata Beliau

Hati-hati. Undang-undang bukan ikut kehendak kita. Kita yang kena ikut undang-undang.

Written by Admin

Saya orang biasa yang ada perlindungan takaful dan insurans. Suka travel seperti orang lain. Pernah naik flight untuk travel seperti Air Asia, Malindo, Malaysia Airlines dan Fire Fly. Nak cuba juga naik Scoot, Singapore Airlines, Qantas, Thai Airways, British dan sebagainya namun belum ada rezeki. Selain nasi sebagai makanan utama suka juga makan KFC, Mc Donalds dan sesekali Burger Kings. Minat bermain forex tapi tak pandai. Mempunyai akaun simpanan seperti Maybank, CIMB Bank, Hong Leong Bank dan AmBank tetapi duit belum tentu ada. Membeli belah dengan kemudahan kad debit. Tak pernah cuba kad kredit atau lain-lain kad.

jangan terlalu fikir mengejar JDT

Jangan Terlalu Fikir Mengejar JDT – Aidil Sharin

Isu sumareh

Isu Sumareh dan PBNP, FAM Tunggu Keputusan FIFA