in ,

Kes Hina Nabi dan Patung Berhala, Keduanya Akan Didakwa Esok

kes hina nabi dan letak berhala

KES HINA NABI

Lelaki tua berusia 68 tahun yang disyaki menghina Nabi Muhammad SAW dan isterinya menerusi laman sosial Facebook akan didakwa di mahkamah esok.

Utusan melaporkan, berpandukan daripada satu sumber yang boleh dipercayai dari Jabatan Peguam Negara memaklumkan bahawa lelaki tua terbabit akan didakwa di bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

Suspek sebelum ini ditahan pada 19 Februari lalu di rumahnya di Mentakab, Pahang, sebelum direman tiga hari bagi membantu siasatan kes menghina Nabi Muhammad SAW dan isteri baginda, Saidatina Aisyah RA, melalui muat naik lukisan karikatur di Facebook.

Difahamkan beliau dibebaskan dengan jaminan polis atas sebab-sebab kesihatan.

KES BERHALA

Dalam kes yang berlainan, suspek lelaki yang dipercayai meletakkan patung berhala di Surau Sabilul Huda juga akan didakwa esok di Kompleks Mahkamah Klang, Selangor.

Lelaki itu sebelum ini ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 259 dan 379 Kanun Keseksaan. Suspek mengaku meletakkan patung berhala tersebut secara bersendirian dan difahamkan mengalami masalah gila isim.

Apa yang dilakukan oleh kedua-dua individu di atas, boleh mencetuskan huru hara di negara ini. Diharapkan mereka yang bersalah dikenakan hukuman yang setimpal dengan kesalahan yang mereka lakukan.

NOTA

Seksyen 298(A) Kanun Keseksaan

Seksyen ini memperuntukkan kesalahan atas alasan agama yang boleh menyebabkan suasana tidak harmoni, perpecahan atau permusuhan, benci membenci atau niat jahat atau memudaratkan pemeliharaan keadaan harmoni atau perpaduan.

Jika disabit kesalahan, boleh dihukum penjara tidak kurang dua tahun dan tidak lebih lima tahun.

Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998

Kesalahan di bawah ini jika disabit kesalahan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM50,000 atau hukuman penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.

Sumber: facebook

Written by Nur Aida

Isu Berhala, suspek ditahan

Isu Berhala – Suspek Ditahan, Alasan Bermimpi Kaabah Dikelilingi Berhala

Hukum menukar serbuk milo dengan coklat

Apakah Hukum Peniaga Menukar Serbuk Milo Dengan Coklat