in

Kesian Abam Ditipu Pakej Umrah

ABAM BOCEY

Sebut saja nama Abam Bocey semua orang kenal kerana beliau sangat gah dan popular sebagai pelawak popular tanahair. Melihat langkahnya masuk ke pentas dengan muka bersahaja, para penonton akan ketawa dan menjadi riuh-rendah.

Namun siapa sangka. Abam menghadapi ujian yang sangat berat apabila musibah menimpanya. Abam dikhabarkan rugi puluhan ribu ringgit setelah ditipu oleh sebuah syarikat pelancongan tempatan yang menawarkan pakej umrah. Dengar saja pakej begitu, bukan kata Abam. kita juga akan percaya.

Abam ditipu oleh pakej pelancongan tempatan
© Instagram

Sinar melaporkan bahawa Abam sudah membuat bayaran penuh bagi dirinya serta dua ahli keluarganya yang lain untuk menunaikan ibadah Umrah pada akhir tahun lalu. Senyap-senyap je abang. Kalau tak kena tipu, kita tak tahu ni..

Abam memberitahu bahawa pemilik syarikat terbabit menunda beberapa kali tarikh penerbangannya selepas beliau membuat bayaran penuh.Perkata tersebut membuatkan Abam rasa tak sedap hati.

Katanya lagi pemilik syarikat terbabit terus senyap sehingga ke hari ini. Untuk makluman peminat Abam, sepatutnya Abam dan ibunya telah bertolak pada 5 Disember tahun lalu.

Walau bagaimanapun, impian Abam untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci buat kali pertama musnah. Difahamkan Abam enggan mengambil sebarang tindakan terhadap syarikat terbabit sebaliknya dia redha dengan apa yang sudah berlaku.

“Biar Allah saja membalas perbuatan mereka itu. Saya redha dan percaya setiap yang berlaku itu ada hikmah disebaliknya.

“Barangkali mungkin belum rezeki saya membawa ibu menunaikan ibadah. Insyaallah kami bercadang menunaikan umrah hujung tahun ini atau awal tahun depan,” katanya.

Semoga Hasrat murni Abam menjadi kenyataan akhirnya. Setiap niat kita yang murni insyaallah akan diperkenan juga oleh Allah S.W.T. Anggaplah ianya sebagai ujian. Mungkin yang lebih besar sedang menanti Abam.

Kepada yang menipu tu, sejauh mana sangat kamu nak menipu. Akhirnya akan tertiarap juga. Dunia ini hanya sementara sahaja. Bawalah bertaubat. Kalau Admin jadi Abam admin tak akan diam. Daripada duit tu dibaham oleh penipu, elok kita guna untuk tujuan berfaedah yang lain.

Apapun tabik Abam kerana beliau akan meneruskan hajatnya untuk menunaikan umrah pada tahun ini walaupun baru saja ditipu.

Pemaaf Mulia Disisi Allah

Pemaaf Merupakan Sifat Orang Mukmin

10 Selebriti Terkaya Malaysia

Senarai 10 Selebriti Malaysia Terkaya