in ,

Kesian Sikit Pada Jiran Kalau Nak Cari Rezeki Sekalipun

Kediaman penuh sampah
Foto - Harian Metro

Kediaman ini tidak ubah seperti pusat kitar semula dengan pelbagai barang terbuang memenuhi setiap ruang hingga melimpah keluar ke pekarangan rumah. Kesian Sikit Pada Jiran Kalau Nak Cari Rezeki Sekalipun.

Pemandangan menyakitkan mata itu terletak di Jalan Melati 5, Taman Dusun Setia, Seremban juga menimbulkan rasa kurang selesa di kalangan jiran.

Difahamkan, rumah tersebut didiami sepasang suami isteri yang bekerja sebagai pengutip barangan terbuang. Sejak setahun lalu jumlah barangan yang dikumpul semakin bertambah hingga menyebabkan ada yang diletakkan di atas bumbung.

Barangan kitar semula sehingga atas bumbung dan perkarangan rumah. Foto – Harian Metro

Harian Metro melaporkan, berdasarkan tinjauan mereka, didapati barang terpakai seperti tong plastik, tilam buruk, besi dan kotak memenuhi segenap ruang rumah berkenaan. Ketika tinjauan dilakukan, lelaki tersebut dipercayai keluar mencari barang terpakai.

Jiran ada menasihatkan wartawan agar tidak mengganggu lelaki berkenaan kerana didakwa dia sebagai seorang yang panas baran dan tidak mempedulikan nasihat mereka sebelum ini.

Salah seorang penduduk taman itu yang juga tinggal bersebelahan, Nordin Hasan, 71, berkata, dia dan isterinya Azmah Laili, 67, antara yang paling terjejas.

Nordin mendakwa sudah beberapa kali menegur lelaki berkenaan, malah jirannya itu juga tidak mempedulikan nasihatnya selain memarahi mana-mana pihak mahu menghalang aktivitinya.

Nordin berlata dia tidak mahu berg4duh dengan sesiapa memandangkan mereka hidup dalam satu komuniti dan terpaksa melaluinya setiap hari.

Nordin juga berkata jumlah barangan yang dikumpul memang banyak, dan beliau risau kalau berlaku kebakaran lelaki berkenaan dan isterinya yang bekerja sebagai tukang jahit akan terperangkap dalam kediaman mereka.

Tan, 30-an, seorang lagi jiran mendakwa sudah beberapa kali barangan diletakkan lelaki terbabit diatas bumbung jatuh ke dalam kawasan rumahnya.

Katanya apabila ditegur lelaki itu marah. Dengan jumlah barang terpakai yang banyak seperti itu pasti mengundang haiwan dan serangga seperti ular, tikus dan lipas.

“Sebagai jiran saya kesal dengan perbuatan lelaki terbabit, tetapi dia tidak boleh ditegur,” kata Tan.

Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam Majlis Perbandaran Seremban (MPS) Nor Mursyidah Chik berkata, pihaknya sudah melakukan siasatan dan mengadakan lawatan ke rumah terbabit pada 12 September lalu.

“Benar kediaman itu dipenuhi barang kitar semula hingga melimpah ke jalan. Sehubungan itu, tindakan serta-merta diambil Jabatan Pelesenan Pembersihan MPS.

Difahamkan lelaki itu telah dikenakan kompaun atas kes4lahan menjalankan perniagaan tanpa lesen (kitar semula) mengikut peruntukan Undang-Undang Kecil Pelesenan Tred 1996.

Min nak pesan sekali lagi, “Kesian Sikit Pada Jiran Kalau Nak Cari Rezeki Sekalipun”.

Written by Admin

Saya lelaki biasa yang ada perlindungan takaful dan insurans. Suka travel seperti orang lain. Pernah naik flight untuk travel seperti Air Asia, Malindo, Malaysia Airlines, Fire Fly, Scoot, Singapore Airlines, Qantas, Thai Airways, British dan sebagainya. Makan juga nasi, KFC, Mc Donalds, Burger Kings. Minat forex tapi tak pandai. Sikit duit dalam simpanan akaun di Maybank, CIMB Bank, Hong Leong Bank dan AmBank. Membeli belah dengan kemudahan AEON Cards.

8 Cara Merawat Kulit Kaki Kering, Kasar, Bersisik & Berkarat

Cara Membasmi Pepijat

Cara Membasmi Pepijat Dengan Berkesan