in ,

Ketika Usia Pencen Sepatutnya Relaks, Bukan Tertekan Kerana Tak Cukup Duit Disebabkan Anak

ketika usia pencen

Semua orang akan merasa bangga jika mempunyai anak yang ramai. Itu adalah rezeki dari Allah SWT. Sebagai ibu bapa yang mempunyai anak ramai jangan terlalu yakin bahawa anak-anak akan jaga anda ketika usia pencen nanti. Mungkin anak anda adalah anak yang sangat baik tetapi belum tentu pasangannya menyukai anda.

KETIKA USIA PENCEN

di usia tua
Sememangnya ibubapa mengharapkan akan dijaga oleh anak-anak ketika tua nanti

Jom kita fikir dalam-dalam apa yang dikongsikan menerusi facebook CuteCarry. Kita harus ingat bahawa soal masa depan sememangnya amat sukar untuk diduga. Berdoalah banyak-banyak kepada Allah agar mendapat anak-anak dan menantu yang soleh / solehah dan membantu ketika usia pencen anda.

Awak Tiada Anak, Esok Tua Siapa Hendak Jaga?

Seorang wanita bertanya kepada saya: “awak tiada anak esok tua siapa hendak jaga?”

Saya ketawa dan tanya pada dia balik “Puan confident ke bila dah tua esok anak-anak puan akan jaga puan?”

Sebenarnya saya sudah biasa diajukan soalan sebegini. Oleh itu soalah sedemikian sedikit pun tidak membuatkan saya sentap. Serious saya memang okay.

Pernah ketika saya pergi ke Pusat Penjagaan Orang Tua, apabila diajukan soalan pasal anak, 90% daripada warga tua tersebut mempunyai anak. Mana pergi anak-anak mereka dan kenapa mereka dihantar ke rumah orang tua?

Jadi, daripada pengalaman itu, kika anda ada anak jangan terlalu yakin bahawa apabila tua nanti mereka akan menjaga anda. Mungkin anak anda memang sangat baik namun bagaimana pasangan mereka?

usia pencen
Bonus jika anda mempunyai anak dan menantu yang baik

Simpanan Hari Tua

Buatlah simpanan untuk hari tua anda. Tahukah anda bahawa betapa ramai warga tua yang berpencen terpaksa terus bekerja kerana kehabisan duit habis disebabkan anak-anak.

Bayangkan ada seorang pakcik berusia 65 tahun terpaksa meminjam sana sini kerana duit pencennya telah habis diberi kepada anak sebagai modal untuk membuka kedai runcit. Dan anaknya pula jenis tidak bersungguh dalam membuat business. Apabila habis duit, kedai pun tutup.

Jika Anak Jaga Waktu Tua, Itu Bonus

Ini pula kisah seorang makcik yang mempunyai anak namun kesemuanya perempuan. Ketika muda makcik dan arwah suaminya bersusah payah berhabis demi anak-anaknya belajar di universiti. Namun semua anak-anaknya kahwin awal dan tidak bekerja. Menjadi surirumah dan menjaga anak.

Makcik itu bernasib baik dapat survive dengan ada duit pencen. Walau simpanannya tidak seberapa. Taklah merasa senang sangat walau sudah berpencen. Jangan habiskan duit gratuiti, golden handshakes, KWSP dan sebagainya. Simpanlah.

Ketika usia pencen sepatutnya relaks bukan tertekan duit tak cukup disebabkan anak-anak.

Selepas pencen jangan lagi pening kerana anak-anak tidak cukup duit. Ini masa untuk anda berehat dan beribadat

Jika anak anda menjaga anda diwaktu tua, itu adalah bonus. Saya sendiri tidaklah baik sangat. Setakat ini saya hanya mampu beri my parents rumah semi D sebiji, kereta sebiji dan duit poket empat angka seorang untuk ibu bapa. Cukuplah untuk mereka belanja hari-hari. Bapa pun ada pencen. Mungkin lebih dari cukup kut.

Kadi ingatlah, jangan terlalu konfiden ada anak yang akan bantu kita ketika usia pencen nanti. You’ll never know your future.

Baca Juga – Kewajipan Seorang Anak Terhadap Ibu Bapa

Bagi Min, ketika usia pencen, kalau masih kuat ingin terus berkerja tidak mengapa. Sekurang-kurangnya tidak bosan, dan aktif. Pendapatan pun bertambah diusia pencen. Maklumlah sudah tentu duit pencen banyak juga surut.

Memang ada ibu bapa yang sudah uzur tiabaikan oleh anak-anak mereka walaupun anak-anak mampu dan berjawatan besar. Alasannya mereka terlalu sibuk dengan kerjaya mereka. Namun mereka lupa, tentang masa tua mereka kelak.

Allah tidak pernah lupa tentang apa yang kita lakukan pada ibu bapa kita. Hargailah mereka selagi mereka ada walau siapa pun kita. Kehidupan di akhir zaman ini tidaklah terlalu lama. Putaran hidup sangat laju bak seperti gasing. Wallahu a’lam.

Apa komen anda? Jangan lupa like dan kongsikan kepada kawan-kawan dan saudara-mara sebagai tanda ingat mengingati. Lawati page kami di Suka Viral

 

Written by Admin

Saya orang biasa yang ada perlindungan takaful dan insurans. Suka travel seperti orang lain. Pernah naik flight untuk travel seperti Air Asia, Malindo, Malaysia Airlines dan Fire Fly. Nak cuba juga naik Scoot, Singapore Airlines, Qantas, Thai Airways, British dan sebagainya namun belum ada rezeki. Selain nasi sebagai makanan utama suka juga makan KFC, Mc Donalds dan sesekali Burger Kings. Minat bermain forex tapi tak pandai. Mempunyai akaun simpanan seperti Maybank, CIMB Bank, Hong Leong Bank dan AmBank tetapi duit belum tentu ada. Membeli belah dengan kemudahan kad debit. Tak pernah cuba kad kredit atau lain-lain kad.

solat sunat taubat

Amalkan Solat Sunat Taubat Setiap Hari Supaya Hati Kita Sentiasa Tenang

resepi tepung bungkus

Resepi Tepung Bungkus Yang Sedap dan Mudah Disediakan