in

Khasiat Buah Jering Yang Ramai Tak Tahu

JERING

Disebalik bau jering yang kuat, ia mempunyai manfaat yang sangat berguna untuk kesehatan. Jering dalam bahasa latin dipanggil Pithecollobium Jiringa atau Pithecollobium Labatum adalah tumbuhan yang banyak di dapati di wilayah Asia Tenggara, termasuk di Malaysia, Thailand dan Indonesia terutama di wilayah Jawa Barat.

Buah jering yang belum dipetik

Kenapa Jering berbau tidak menyenangkan? Untuk pengetahuan anda, bau itu sebenarnya adalah asid amino yang terkandung di dalam biji jering. Asid amino itu didominasi oleh asid amino yang mengandung unsur Sulfur (S).

Ketika di kunyah ia akan menjadi komponen yang lebih kecil, asid amino itu akan menghasilkan berbagai komponen flavor yang berbau kuat, kerana pengaruh sulfur tersebut. Salah satu gas yang terbentuk adalah gas H2S yang sangat berbau.Jika orang yang makan jering membuang air kecil di tandas dan tidak dicuci dengan sempurna maka tandas akan mengeluarkan bau yang kuat.

KAYA DENGAN ZAT

Hasil penelitian menunjukkan jering kaya dengan karbohidrat, protein, vitamin A, vitamin B, fosfor, kalsium, alkaloid, minyak atsiri, steroid, glikosida, tanin, dan saponin. Kandungan vitamin C pada 100 gram biji jering adalah 80 mg, sedangkan keperluan kita per hari adalah 75 mg untuk wanita dewasa dan 90 mg untuk lelaki dewasa.

Vitamin C sangat diperlukan tubuh untuk meningkatkan imunisasi tubuh. Vitamin C juga banyak hubungannya dengan berbagai fungsi yang melibatkan respirasi sel dan kerja enzim yang mekanismenya belum sepenuhnya difahami.

Jering merupakan sumber protein yang baik, iaitu 23.3 g per 100 g bahan. Keperluan protein setiap individu adalah tidak sama. Selain untuk membantu pertumbuhan dan pemeliharaan, protein juga berfungsi membangun enzim, hormon, dan imunisasi tubuh.

Protein juga memberikan kesan menenangkan otak. Protein membantu otak bekerja dengan cepat dalam menerima pesanan. Bagi anak-anak, protein sangat berperanan untuk perkembangan tubuh dan sel otaknya. Pada orang dewasa, apabila terjadi luka dan sebagainya, protein dapat memulihkan kembali sel-sel yang rosak.

Jering cukup kaya dengan zat besi, iaitu 4.7g per 100 g. Kekurangan zat besi boleh menyebabkan anemia. Gejala-gejala orang yang mengalami anemia kekurangan zat besi adalah lelah, lemah, pucat dan kurang ghairah, sakit kepala dan mudah marah. Penderita anemia kronik menunjukkan bentuk kuku seperti sendok dan rapuh, pecah-pecah pada sudut mulut, lidah sulit menelan.

Jering juga sangat baik bagi kesihatan tulang kerana kandungan kalsiumnya sangat tinggi iaitu 140 mg/ 100 g. peranan kalsium pada umumnya adalah untuk membantu pembentukan tulang dan gigi, serta mengatur proses biologis dalam tubuh.

Keperluan kalsium terbesar adalah pada saat membesar, tetapi pada masa dewasa penggunaan yang cukup sangat dianjurkan untuk memelihara kesihatan tulang. Penggunaan kalsium pada orang dewasa adalah 800 mg per hari.

Kandungan fosfor pada jering (166.7 mg/100 g) juga sangat penting untuk pembentukan tulang dan gigi, serta untuk penyimpanan dan pengeluaran tenaga. Dengan demikian, sesungguhnya banyak manfaat yang diperoleh dari memakan jering.

Jering

Namun, penggunaan jering dapat memberikan efek bau tak sedap, baik pada saat bernapas maupun pada saat buang air besar dan air kecil.

Berdasarkan kajian Soemitro pada 1987, senyawa aktif dalam kulit halus buah cenderung menunjukkan tindakbalas penurunan kadar gula darah yang besar sehingga baik untuk penderita diabetes.

Bagi anda yang sama sekali belum pernah memakan jering mungkin tidak terlalu menganggap ianya penting Bagi penggemar jering pula nampaknya anda perlu mengetahui manfaatnya.

CARA MENGURANGKAN BAU JERING

1. Rendam jering beberapa minit sebelum memasaknya.
2. Toskan jering setelah direbus setengah masak, dan rendam kembali.
3. Makan timun.
4. Minum air putih yang banyak.
5. Kunyah beras dan telan.

KEBAIKAN DAN KEBURUKAN MAKAN JERING

Jering atau dikenal dengan Archidendron Jiringa, mempunyai khasiat diuretik iaitu memperbanyak buang air. Ianya sangat bagus bagi pesakit jantung yang menggunakan Furosemid / Lasix (r).

Jika dimakan berlebihan ia boleh mengundang bahaya bagi tubuh, kerana ia mengandungi asid yang berbentuk kristal dan tidak larut air dalam suasana asid. Oleh kerana tidak larut air dan bentuknya kristal, dikhuatiri boleh merosakkan ginjal.

Jadi kepada sesiapa yang menggemari jering, janganlah makan berlebihan, kerana dikhuatiri boleh menimbulkan mudarat.

Sumber: kekalsehat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments

Petua Untuk Menghilangkan Jeragat Yang Sangat Berkesan

Vokalis Florr 88 Ayie Elham, Ditawarkan RM15 Ribu Untuk Berbogel. Aduh!!