in

Khasiat dan Kebaikan Daun Pudina Yang Mungkin Anda Tidak Tahu

Siapa dikalangan anda tidak suka dengan daun pudina? Tergigit saja daun ini terus diluah keluar. Di beberapa tempat di Perak, pudina diletakkan di dalam laksa. Mula-mula admin merantau ke Perak dulu rasa agak janggal tetapi tetap mencuba untuk makan. Lama kelamaan menjadi kegemaran dan ternyata terasa kelainan.

laksa daun pudina
Laksa bersama daun pudina. Photo: Mingguan Wanita

APAKAH KHASIAT DAUN PUDINA

Daun Pudina adalah sejenis herba dari keluarga Labiatae. Ia tergolong dalam spesies mentha yang berbau segar apabila dikunyah. Ia sangat bermanfaat dan berkhasiat termasuk merawat beberapa jenis penyakit.

KHASIAT PUDINA

  • Merangsang dan membantu proses penghadaman.
  • Bertindak sebagai antiseptik, antivirus dan antiparasit.
  • Merangsang tubuh badan untuk mengeluarkan peluh.
  • Dibuat ubat sapu untuk merawat masalah paru-patu, hidung berair, selsema, sakit kepala, kekejangan otot, sakit-sakit badan dan penyakit yang berkaitan dengan pernafasan.
  • Minyak daun pudina mampu menghilangkan rasa loya.
  • Ekstrak daun pudina digunakan dalam pembuatan ubat gigi. Ia mampu menyegarkan nafas anda.
Teh Pudina banyak khasiatnya
  • Jus daun pudina segar boleh ditambah dalam minuman lain dan dijadikan perisa ais krim.
  • Menambah selera anda apabila dimakan mentah sebagai ulam-ulaman.
  • Teh pudina menenangkan otot perut, melegakan kekejangan dan kesakitan perut. Menambah baik penghadaman lemak serta memudahkan pergerakan makanan dalam saluran sistem usus.
  • Teh herba baik untuk kesihatan sindrom gangguan perut. Membantu masalah kekembungan dan angin perut.
  • Daun pudina juga memiliki kemampuan sifat anti-cancer dan dapat menghalang pembentukan fungsi tumor.
  • Faedah kesihatan pudina termasuk keunggulan kesannya keatas anti-inflammatory dan anti-viral.
  • Berfungsi sebagai pembasmi bakteria.
  • Membantu melegakan kekejangan dibahagian peranakan, dengan ini ia dapat membantu kitaran haid.
  • Teh pudina dapat membantu menghakis dan mengeluarkan kahak. Secara tidak langsung melegakan batuk berkahak dan kesakitan pada dada.
  • Teh pudina boleh digunakan untuk merawat gatal-gatal kulit, luka, jangkitan dan banyak lagi masalah kulit.
  • Teh pudina amat berkesan menghilangkan bau nafas (halitosis).
Minyak pudina

Banyak lagi sebenarnya kebaikan pudina yang kita tak tahu. Oleh itu, eloklah kita mengamalkan daun pudina dalam kehidupan seharian kita. Rasanya sangat sedap dengan bau yang menyegarkan. Katakan ya pada pudina.

Sumber: Panduan Tips Petua

7 Perkara Isteri Rahsiakan Daripada Suami

7 Rahsia Isteri Yang Tidak Akan Diberitahu Kepada Suami

Harga Kereta Turun Selepas SST

5 Jenama Kereta Turun Harga Selepas Perlaksanaan SST – Guan Eng